Sunday, December 27, 2009

Seloka di Hari Natal

Maaf, hari Natal dah berlalu 3 hari lepas. Hari ni kelas pertama untuk semester 2. Penulisan Bahasa Melayu. ehem, Dr Puteri mintak tulis jurnal untuk praktis penulisan. Dia suruh buat dalam bentuk diari, tapi blog pon boley what...

ehem. kena jaga tatabahasa betoi2 ni. Kalau ade salah silap, tolong komen tau.

.........................................................................

Pada 28 Disember 2009, bermulalah semester baru bagi aku, seorang manusia sakti. Aku mampu menghabiskan sebiji burger dalam masa 1 minit. Namun, aku ingin mengurangkan penggunaan kesaktianku itu, kerana aku mengalami masalah kewangan ekoran kemelesatan ekonomi negara.

Kuliah pertama ini menerangkan pendahuluan kursus JXEA1201 ini. Apakah yang perlu diambiltahu oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini. Penerangan Dr Puteri membuka mataku meskipun aku sedang mengantuk kerana tidak tidur semalaman. Aku dapat merasakan suatu keserasian antara aku dengan Dr Puteri kursus Penulisan Bahasa Melayu ini.

Aku sudah lama berkarya, berpuisi, berlagu, mengkritik, dan meluah perasaan, dalam bentuk penulisan. Kerana suaraku belum cukup kuat untuk didengari oleh seluruh pelusuk masyarakat, maka tulisanku menjadi suaraku.

Namun karyaku lebbih bersifat santai, kerana penulisanku berbentuk hiburan yang berinformasi, di sampai berkongsi pendapat berkaitan isu-isu semasa. Puas sudah aku mengkritik kerajaan, kini tiba masanya aku mengkritik diri sendiri.

Mubaroque, tolonglah belajar mengemas bilik.

Wednesday, December 23, 2009

Baru aku sedar aku ni manusia

hmm.. Aku ingat aku ni cukup kejam, ganas, brutal, mental, hancing.

Aku rajin menstalk FB orang. adalah member aku sorang ni aku stalk, bace info. Aku tau dia tengah belajar kat UPM. ape course aku tak tau..

check punya check..

hoh!!! OMG!! Agribusiness!!

Cepat2la aku cuba contact dia pakai FB jugak pasal takde nombor dia. Aku cuba tanya bagaimana sebenarnya yang dipelajari dalam kursus tu. Aduh, keciwa hatiku bila dia kata sem depan dia akan belajar ternak ayam @ lembu @kambing. Kecewa pasal apa... pasal memang kursus macam itu lah yang aku minat selama nih.. aku ingatkan tak wujud..

Lebih mengecewakan, aku pernah letak kursus tu sebagai 1st choice dalam borang online UPU aku. Cuma masa tu aku tak berapa pasti kursus tu macammana, belajar sains pertanian ka? Pernah juga aku cari info pasal kursus ni, tapi tiada sumber. Kursus ni pula bertajuk,

Bachelor of Science(Agrobusiness)


Sains weh, aku ni budak aliran kemanusiaan, macammana nak lepas masuk? Saingan aku sangat tinggi dengan budak2 lain yang ambil sains.



Bila dah dapattahu kawan aku tu pun dapat masuk kursus tu.. urghh.. tiba2 datang penyesalan.. Memang la benda dah berlalu, tapi... suka hati aku la nak menyesal kan??? hehe..

Aih, kecewa lagi ni beb, rasa maca nak terjun kolam je.

Monday, December 21, 2009

Nak jadi jutawan? Tengah tidor pon dapat duit? Klik dekat saye.

Ouh, begitu mudah kau berbicara pasal duit. Kau ingat duit tu boleh jatuh dari langit macam hujan? Dalam cerita Cloudy tu lainlah, itu pun jatuh makanan(best jugak, boleh bukak kedai jual pasemboq).

Tapi bayangkan kalau pasemboq yang jatuh dari langit, aku tak tau la cara macammane dia akan jatuh, pasal biasanya pasemboq tu disediakan dalam pinggan, berkuah pulak tu. Rojak jatuh dari lngit, mak aih, bersepah..

HUmm, jap, korang tau ke tak pasemboq tu macammane rupenye? Kang aku cerita-cerita ni macam syok sendiri pulak..

.. ni haa..




Kredit kepada kak diang dan mat gebdebuk

Hai kawan, tiada apa yang senang nak dapat duit ni, sedangkan sekarang nakkencing pon kena bayar.

Iklan kat internet tu ada yang betul, ada yang tak.. Kalau rasa waspada, tak payah la join. Ingat yer, tiada yang mudah di dunia ni selain menguyah pasemboq.

Friday, December 18, 2009

Cloudy with a chance of Pasembor

Lagi seminggu je dah nak masuk sem baru. Pointer untuk semester lepas agak haprak bagi aku, rasa sakit hati yang amat sangat pasal bukan aku tak score, cuma score the wrong paper. When you score the wrong paper, you get nothing but pepper.. (pekejadah aku tulis ni)

Semester lepas memang menyemputkan aku dari segi kewangan, memandangkan aku tinggal di Kolej kediaman Tun Ahmad Zaidi (harap2 naik ranking google) kerana kolej ni tiada menyediakan dewan makan. Sediakan cafe je. So setiap kali nak makan, setiap kali itu lah keluar duit. Dah la harga cekik darah. Nasib baik ko sorang je bukak kedai kat situ, kalau aku ada modal aku dah berniaga jual sate kucing pon laku. Dulu harga biasa aku makan RM3.00 - Rm 3.50. Bila tauke baru yang ambik alih, harga standard dah jadi RM 5. Itu baru sekali makan tengahari. Kalau dah kena harga macam tu, maggi je la nampaknya.

Duit.

Dah semester baru, maka secara automatiknya nota-nota terdahulu dibuang ke dalam kotak simpanan( hehe..) pasal aku takde repeat paper pon. Nak memfotostat nota untuk semester depan, duit lagi. Hmm, maka terkeluarlah idea untuk buat sistem barter dengan member2 yang fakulti lain.

(fahamkan ayat yang berbelit ini)
Subjek yang mereka ambik semester lepas, semester depan aku akan belajar.
Subjek yang aku ambik semester lepas, depa pula ambil untuk sem depan. Maka tukar nota je la. Jimat kos. tapi dalam 2 subjek je la. Subjek universiti je. Takkan la aku nak fotostat Low Yin Yee punya nota History of Baroque dan Aural Skill plak.

Duit. Jimat sikit.

Oh, laptop aku, charger dah rosak. Bukan aku buat rosak. Dia rosak sendiri.(ye la tu). So aku nak kena beli charger baru la nampaknya. Dengar2 macam mahal pasal jenama Dell. Adui, ni yang buat aku rasa nak tukar laptop. Rasa nak pakai yang laptop kecik2 tu je. Pasal aku ni bukannya reti sangat guna benda2 dalam laptop tu. Aku reti guna Microsoft Word dengan Pinball je. Laptop aku yang terkini besar macam dua kali buku teks sivik dan kewarganegaraan tingkatan 4. Nak simpan dalam beg punyala gabak. Terpaksa aku pakai beg galas ke mana2. Tiada kesempatan aku nak bergaya dengan beg silang yang kecik2 sikit. Kemana-mana dengan beg galas. Kalau2 kawan ajak pergi Midvalley lepas kelas, takkan la aku perlu bawak beg galas yang besar tu. So, aku pun menolak.

Duit.Duit.

Nak cari kerja la, kerja yang depan komputer ada tak.Pasal aku tiada mobiliti untuk selalu kelar dari kampus. Kelas aku berterabur. pagi ade, kejap petang pon ade.

Pengawan, Bukumuka, Ruangku



Friendster akan diambil alih sepenuhnya oleh syarikat MOL Global, iaitu syarikat milik warga Malaysia menjelang hujung tahun ni.

Dulu first skali yang aku join, Friendster ni la. Mase tu form 4 kot. Memang still baru lagi la aku pasal internet ni. Pakai dial up je pulak tu. Sekarang dah canggeh, boleh main potong potong je internet. Siapa bagi searvis internet terbaik, yang itulah orang pilih. Dulu selalu sangat aku dengar rungutan pasal internet lembab la, takde internet. Sekarang sejak ade syarikat pesaing internet yang baru, tak pernah putus pulak internet kat rumah aku ni.

Orang bniaga macam tu la, kalau dulu dia sorang je yang jual internet, suka2 hati dia nak kasi servis tahi kat kite. Sekarang da ade pesaing, kita pulak kasi dia makan tahi.
Fuh, marah benar aku neh..

Ok, kembali kepada laman web rangkaian sosial Friendster. Aku pun tak berapa sure siapa yang perintis Friendster, tapi Friendster memang salah satu antara otai social networking. Friendster bagi aku lebih digemari oleh pengguna berbangsa Cina, yang Melayu lebih kepada MYspace. Ini berdasarkan pemerhatian aku la. Maksudnya Cina dengan Melayu ni susah nak satu kepala.



Lelaki ini dulu driver aku pergi pasar, tapi kuat main tenet.

Dah aku masuk form 5, ramai la pulak kawan2 pakai Myspace, aku pun guna je la Myspace, pasal mase tu senang nak komen mengomen kat page orang. Patutnya borak dekat inbox, tapi borak dekat comment box. Lepas tu layout untuk Myspace lebih menarik la kot bagi aku. Tambahan pula, masa tu ada suatu zaman remaja2 ni gila nak dressup emo, pastu taruk kat Myspace. Layout pon emo. Amik gambar rambut panjang tutup mate pastu pakai celak pastu buat ayat macam orang nak mati. (sapa nak terasa tu silakan).




Dah sejak aku dah habis STP, baru la aku mula berjinak-jinak dengan Facebook. dulu haramjadah aku tak reti nak pakai facebook ni. Pernah sampai nak give up. Esther Khong Poh SIng yang suruh aku register. (u took the responsibility ok?) So aku register je la. Tengok la sekarang Facebook dah kat mane. Sampai Najib pon memanfaat kat Facebook untuk die punye 1Malaysia tu. Semua budak pon maen facebook. Dulu facebook ni budak2 oversea je selalu main, sekarang dah canggih.. Mungkin ni la zaman kegemilangan ko Mark Zuckerberg. I hate U.

Friendster dulu semakin suck pasal dulu dia punye wall post dah macam tong sampah kena kekah dengan anjing .. Memang macam sampah. Benda yang aku takmau taruk pon dia postkan. Gambar sana sini, orang lain komen profil orang lain pon perlu ke diberitahu kepade aku?

Sekarang Friendster dah warna hijau, sampah pon dah kurang, terima kasih la pasal tolong sapu. Tapi cuba la buat suatu yang baru, untuk menarik pengguna join semula Friendaster. Aku ni bukannya suka sangat pun Facebook tu, pasal facebook tu Mark Zukerberg punya. Cuba Facebook tu Mat Zukri Syufaat yang punya. Baru la aku support.


(anggap je la friendster ni warna hijau)

Sunday, December 13, 2009

saye Muba, ingat lagi tak?

Zaman blogging aku da terkoma buat sementara. Aku sungguh dah lupa macammna aku ada begitu banyak benda untuk ditulis mase dulu, dan tidak sekarang.

Sekarang aku suka buat rangkap banyak -banyak supaye kasi nampak macam aku tulis panjang, padahal cenonet je. Post aku pon makin merepek, dan tiade lagi cerita yang mampu diketahui oleh pembaca. Pembaca2 blog aku yang dulu, sure dah tak bukak blog ni dah. Jarang update. Aku pun tak boleh nak janji untuk update setiap minggu. BUkannya aku busy sangat, cuma tak tahu apa yang nak ditulis.

Sedangkan masa musim aku kuat menulis tu, aku takda aktiviti apa2 pon, tengah menunggu result STPM, dekat 6 bulan. Kerja pon tak. Dok mengangkang ja kat rumah macam anak dare. (anak dare mengangkang?)maaf, silap statement.

Sekarang aku dah tengah banyak aktiviti, lari sana lari sini, lompat sana lompat sini, kentut sana kentut sini, tapi aku tak boleh nak tuliskan kat dalam blog.

Adekah aku menulis blog mase dulu2 kerana aku terlalu bosan?

Kekadang nak cerita jugak ape aku buat, ape cerite best. Tapi ..

Sunday, November 29, 2009

Orang Asing Sepertiku

kau lakukan, ku lakukan
segalanya dan bagaimana
ia bermakna, tak bermakna padaku

kesempatan ku berdikari
nampak jelas tapi jauh sekali
ku melihat bagai dilihati
ku tahu yang luas di luar sana

ku nak tahu
tunjuk pada ku
ku nak tahu asal usul diriku
katakanlah, tunjuk padaku
suatu yang asing tentang diri ini

setiap isyarat, gerak kau lakukan,
tak pernah ku rasa dahulu
mengapakah membesar di sisimu

emosi yang tak pernah ku tahu,
suatu dunia jauh dari sini,
nun di sana di sebalik awan,
jelas di depanku dunia baru

marilah ke duniaku
lebih dari yang kau mimpi
kau rasa yang ku rasa
kini, dengan mu
marilah, alam yang ku ingin tahu..

p;s Strangers like me melayu malay