Aku sakit tekak. Sakit tekak yang membawa kepada kepeluhan dan panas dalam lalu sendi2 tak dapat menampung berat badan aku lalu aku rebah. Di depan laptop.
Bila aku tengah kesakitan sorang2 dalam bilik ni, roomate pun tak ada, mulalah aku bermuhasabah diri, ape yang aku dah buat selama ni. Tergerak hati aku nak check blog aku yang dah berhabuk ni. Ada beberapa sebab aku tak promotekan blog ni kepada public. Yang utamanya ialah aku perlukan ruang privasi untuk diri sendiri. Dalam blog ni ialah suatu cerita kehidupan lain, kisah lampau, dan kebanyakkan sesuatu yang jarang aku zahirkan depan orang ramai.
Aku dah sedar ada orang mula stalk blog aku dengan ,meng'google' fullname aku. Ape korang ingat aku artis? Alik2 keluar link blog Arfa kemudian blog aku pon ada dalam bloglist beliau. Bagi yang dah tau url blog aku ni, tak perlu kecoh2 ok. Aku akan kecohkan sendiri.
Humm, rasanya blog ni perlu dibebaskan dari kongkongan aku. Aku rasa penulisan aku layak dibaca oleh orang lain kerana aku pendapat aku memang patut dikongsi dan dibahaskan bersama. Hal ini kerana(skema tol ayat)penulisan aku tidak/kurang bersifat emosional,dan hanya lebih kepada santai. Membaca juga suatu hiburan. Jadi cara penulisan yang ilmiah atau dalam bahasa ciptaan baru iaitu skema yang membawa maksud terlalu mengikut format adalah kurang menarik perhatian pembaca.
Dah tu apasal aku masih nak tulis skema2. Mengong.
Aku ada blog-blog ilmiah dan pendidikan, hiburan, blog bahasa Inggeris, dan juga Mubalog ini.
Oleh kerana menulis atas kertas adalah seumpama menebang pokok balak, maka aku sebagai seorang pecinta alam (ceitpodah) menyokong penulisan elektronik. Haha..
Tulis aseimen punyalah malas..
No comments:
Post a Comment