Lagi seminggu je dah nak masuk sem baru. Pointer untuk semester lepas agak haprak bagi aku, rasa sakit hati yang amat sangat pasal bukan aku tak score, cuma score the wrong paper. When you score the wrong paper, you get nothing but pepper.. (pekejadah aku tulis ni)
Semester lepas memang menyemputkan aku dari segi kewangan, memandangkan aku tinggal di Kolej kediaman Tun Ahmad Zaidi (harap2 naik ranking google) kerana kolej ni tiada menyediakan dewan makan. Sediakan cafe je. So setiap kali nak makan, setiap kali itu lah keluar duit. Dah la harga cekik darah. Nasib baik ko sorang je bukak kedai kat situ, kalau aku ada modal aku dah berniaga jual sate kucing pon laku. Dulu harga biasa aku makan RM3.00 - Rm 3.50. Bila tauke baru yang ambik alih, harga standard dah jadi RM 5. Itu baru sekali makan tengahari. Kalau dah kena harga macam tu, maggi je la nampaknya.
Duit.
Dah semester baru, maka secara automatiknya nota-nota terdahulu dibuang ke dalam kotak simpanan( hehe..) pasal aku takde repeat paper pon. Nak memfotostat nota untuk semester depan, duit lagi. Hmm, maka terkeluarlah idea untuk buat sistem barter dengan member2 yang fakulti lain.
(fahamkan ayat yang berbelit ini)
Subjek yang mereka ambik semester lepas, semester depan aku akan belajar.
Subjek yang aku ambik semester lepas, depa pula ambil untuk sem depan. Maka tukar nota je la. Jimat kos. tapi dalam 2 subjek je la. Subjek universiti je. Takkan la aku nak fotostat Low Yin Yee punya nota History of Baroque dan Aural Skill plak.
Duit. Jimat sikit.
Oh, laptop aku, charger dah rosak. Bukan aku buat rosak. Dia rosak sendiri.(ye la tu). So aku nak kena beli charger baru la nampaknya. Dengar2 macam mahal pasal jenama Dell. Adui, ni yang buat aku rasa nak tukar laptop. Rasa nak pakai yang laptop kecik2 tu je. Pasal aku ni bukannya reti sangat guna benda2 dalam laptop tu. Aku reti guna Microsoft Word dengan Pinball je. Laptop aku yang terkini besar macam dua kali buku teks sivik dan kewarganegaraan tingkatan 4. Nak simpan dalam beg punyala gabak. Terpaksa aku pakai beg galas ke mana2. Tiada kesempatan aku nak bergaya dengan beg silang yang kecik2 sikit. Kemana-mana dengan beg galas. Kalau2 kawan ajak pergi Midvalley lepas kelas, takkan la aku perlu bawak beg galas yang besar tu. So, aku pun menolak.
Duit.Duit.
Nak cari kerja la, kerja yang depan komputer ada tak.Pasal aku tiada mobiliti untuk selalu kelar dari kampus. Kelas aku berterabur. pagi ade, kejap petang pon ade.
1 comment:
ai haih
boleh aaa bawak bag galas g mid
bgaya kot
tak nah blum tahu
:P
Post a Comment