Wednesday, January 5, 2011
Minggu Kekalutan
........
Yeah, minggu ni pertama lepas bukak sem. Biasanya sem sem lepas tak ada lah kalut sampai macam ni sekali. Tapi sesi kali ni, terkontang kanting semua orang.
Semua ni sebab masalah pendaftaran kursus.
Aku bajet, aku dah tahun 2, dapat daftar kursus awal2 daripada junior, so aku dah tak ada masalah dah. Kursus yang aku register tu kononnya dah terjamin.
Adoi, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya bangun2 pagi rumah dah masuk banjir.
Aku dah daftar kursus cantek2, 3 kursus major, 3 minor, satu paper wajib universiti. Dah cun dah. Tak ada clash. Takda bertindih. Exam pon selang2 harinya.
Harini Rabu. Jadual2 semua dirombak balik.
So, sia2 aku jadi student 2nd year. Tak guna register awal2. Pasal semua jadual aku dah jadi tunggang terbalik, dan terpaksa berebut kelas semula dengan student 1st year.
So hasilnya, aku tak dapat amik paper seni yang sepatutnya aku amik, semua paper major je. Terpaksalah sem depan aku kena tebus balik paper2 seni tu. Haih.Paling sesal, tak dapat paper Drama dan Media. Jadual kelas tu ditukar kepada tarikh yang bertindih dengan paper majoring aku.
Geram.
Kesian.(kat Kak Jue and Kak Yani, muka penat je duduk melayan student kat kaunter office)
Mengeluh?
Mengeluh boleh, tapi janganlah panjang sangat mengeluh tu.. Haihhhhhhhhh.....
Kena kerja lebih keras sikit, dan kena reconstruct jadual hidup aku sem ni. Sebab jadual hidup sem ni aku bergantung kepada jadual kuliah dan tutorial. Barulah aku dapat susun semula masa belajar, mengajar(kerja), urus projek, dan masa untuk diri sendiri.
................................................
So, pengurusan masa tu penting ye. Inilah masanya untuk melatih diri korang untuk menjadi seorang yang boleh handle multitask.
Janganlah jadi kaki study je. Duk dalam bilik, library, tido, bangun, study.
Belajar di Universiti kurang2nya 3 tahun. Nak ke hidup korang di universiti hanya ada penoh dengan kenangan study, dan isi borang pinjam buku kat library APM, dengan mesin pinjam buku kat Library Utama? Tak bosan ke?
Kesian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ha3..pper seni sume pakcik xleh amek ehh..siyess~
Post a Comment