Sunday, January 2, 2011

Selamat Kembali Ke UM!



Semua dah check-in kolej, dah masuk rumah sewa, dan mungkin ada yang dah tinggal dalam masjid Ar Rahman. Kesian, taknak mohon kolej?

Selamat kembali ke KL untuk aku jugak, sebab baru balik dari Pangkor.

Nampak signboard Manjung, ah, akhirnya aku sampai jugak kat sini. Tapi pergi sendiri.. Sayu je permandangan. Teringat kisah lama.. Then signboard Lumut, Marina Inn, Jeti Pangkor.. Ok, sampai dah sana. Hihi..

Kat Pangkor, pergi sebab ada Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa. Ada tetamu dari Thai, Singapura dan Indonesia. Meskipun aku student Sosiobudaya, bukannya Sastera, tapi nak cuba something yang aku tak berapa arif.

Orang lain seronok je pegi snorkelling, main banana boat, kayak, tapi aku lepak kat tepi pantai je.. Takde sape nak ajak.. Takpe, duduk sorang2, boleh layan jiwang kejap.

Kepada Farid, sorry bro. Aku tak tau sate ikan tu hape.. haha.. rupa2nya ikan yang macam kering rangup tu ek? Tak sempat beli untuk ko. berlambak ada jual kat kedai depan hotel. Aku ingatkan sate ikan yang kena bakar dulu tu, yg cicah dengan sos cili. Wahaha.. Nama pun sate, mestila otak aku menggambarkan sesuatu yang dibakar kan??

Hari ni dah balik dah pun, rasa sekejap je. Penat, pasal tak cukup tido. Roomate masa kat Pangkor tido berdengkur power punya.. Aku ade sepak buntut die, tapi tido mati la pulak.. haha.. sorry Dinie..

Ko Rusdi Chodeng! pon berdengkor gak! haha.. tapi tak kuat.. nasib baik tak kena sepak buntut.. haha..

...........................................................................

Bahagia hidup macam ni lah.. Aku muda lagi kut.. There're so much things to learn. Kesilapan yang lepas, jadikan pedoman. Perbaiki diri lagi. Semester lepas, banyak target2 aku terganggu sebab perancangan yang tak betul, masa yang banyak dihabiskan kat perkara2 remeh-temeh, beri muka banyak sangat. Muka aku ada satu je.

ah, aku dah tak faham lagi aku tulis hape. Hujung2 post je mesti aku merepek.

Senang kata, aku mahu tidor dulu, nak rehat, malam nanti bertolak balik UM.

OLDEBESTUOLOFYU.

2 comments:

Anonymous said...

KEJAMNYA SATAY IKAN PON X TAU!!!! - FARID

cikshahida said...

ha3 encik pkcik i tag u in dis contest..check it out..:p
http://luvlyievy.blogspot.com/2011/01/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html