Friday, August 14, 2009

Bila Malam, Aku Mengantuk

Keadaan yang berbeza sekali bila aku jejakkan kaki ke rumah aku ni. Aku dah rasa tak seperti dulu. Rumah semakin sunyi. Bilik aku menjadi sejuk. Motor abah berbungkus plastik. Keadaan yang amat pelik.

Kawan-kawan lain, semuanya balik kampung. Seronok betul tengok diorang gembira hari ni, hari last kelas sebelum cuti mid-sem. Ada yang balik Jeli, Dabong, Setiu, Taiping, Tanjung Kling, Seromban, dan aku, Salak Selatan.

Maaf, Salak Selatan bukanlah kampung. Salak Selatan ialah sebuah kawasan di Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Bandar Permaisuri. Aku sungguh cemburu dengan Bandar Tun Razak kerana boleh dikatakan kawan terebut padat dan meriah. Pembangunan turut pesat di kawasan itu. Di situlah tinggalnya kawan2 baik aku dan di situ jugalah sekolah aku. Huh, dah jauh aku merantau dari tajuk asal.

Aku agak perlahan dalam semester pertama ni, assignment masih kurang faham cara untuk buat. Buku-buku banyak, cantik tak terusik.

Bila aku dah balik rumah, aku memerhati keadaan sekeliling. Dan kini aku sedar..

Hidup ni memang seperti tayar beca. Berpusing-pusing. Sekejap kita di atas, sekejap di bawah. Sekejap isi angin, sekejap bocor. Mungkin sekarang aku berada dalam keadaan bocor.

Aku akan belajar berjimat dan study hard.

1 comment:

akifays amis said...

...TaK PayAH BerJimAT PAsAL KAo MEmANg KEdeKut SEjaK AZaLi LAGi...