Wednesday, July 22, 2009

Yang hidup, teruskan hidup

Hari ni, aku kehilangan seorang rakan. Rakan yang aku kenal sejak di bangku sekolah rendah hingga kini.

Sebaik selepas aku habis kelas Prof Razak, sementara menunggu mates aku yang lain bersiap nak balik, aku dapat panggilan telefon. Dari seseorang yang aku rasa agak pelik jika dia menelefon aku. Yelah, aku ni kan tak popoular. Takde orang lain yang nak call aku melainkan abah dan kakak aku.

Maka aku mengangkat telefon tu dengan penuh rasa curiga.

Aku shock. Terkesima. Tergamam. Aku kelu. Tak bercakap apa2 pun. Aku tak dapat terima berita kematian sahabat aku tu. Kenapa? Macammana?

Aku ambil keputusan untuk balik ke rumah untuk menziarahi rumah arwah. Aku passing berita kepada rakan2 lain. Dan begitu juga mereka.

Cerita punca kemalangan aku tak dapat pastikan yang mana satu yang sahih, kerana lain mulut, lain ceritanya. Maka aku simpulkan, arwah meninggal kerana tiang lampu jatuh dan menghentak kepalanya semasa menunggang motor ke tempat kerja, dan sempat menolak ibunya dari motor demi menyelamatkan ibunya. Ibunya cedera dan trauma. Sungguh tragis.

Arwah seorang yang baik, belum pernah dengar cerita yang dia suka buat hal, belum pernah ada cerita buruk pasal arwah. Arwah seorang yang pendiam, namun mudah mesra dengan orang. Aku pernah bekerja bersama2 arwah di Parkson dan tak pernah ada masalah antara kami berdua walaupun aku ni jenis menyakitkan hati.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

bersamalah kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah.

Al-Fatihah


in Memory

Azlie bin Mohammad

1989 - 2009

3 comments:

Unknown said...

takziah atok!!
smoga arwah dicucuri rahmat~

akifays amis said...

Mohd Azlie??...

innalillahi wa inna ilaihi raji-un~

ruqaiya said...

innalillah... rupanya begini perasaan baca kisah hidup seseorang. bila di teliti dari atas sampai bawah. betapa kita ALLAH kurniakan jutaan nikmat yang tak terhingga. sesungguhnya masalah itu suatu nikmat. think positif. Semuannya aturan YANG ESA. Subhanallah.