Thursday, February 14, 2013

Tahukah anda?

Tahukan anda?
Minuman yogurt menjadi semakin popular apabila penggemar susu mula risau untuk meminum susu yang dikhabarkan diperah daripada lembu jantan yang mengambil hormon estrogen. Valentino Rossi telah mengambil inisiatif ini untuk mempopularkan minuman yogurt dengan menggoncang dan menyembur air yogurt daripada botolnya ketika mengalungkan pingat juara.

Tahukah anda?
Valentino Rossi jaguh lumba motorsikal dan F1 tidak mampu menandingi kehebatan atlet lumba basikal kita dalam pertandingan makan nasik dagang tanpa acar. Ketiadaan acar menyebabkan  rentak suapan nasi ke mulut Valentino Rossi menjadi tidak konsisten.

Tahukah anda?
Dahulunya nasi dagang telah menjadi rebutan antara dua pedagang dari Kelantan dan Terengganu yang inginkan nasi mereka diletakkan  dengan kuah nasi dagang ikan haya. Namun disebabkan pedagang Kelantan tersebut mendapat bahagian kepala ikan, maka ketidakpuasan hati pedagang tersebut menyebabkan mereka berkelahi di atas kapal Tanggang yang bertindak sebagai pengadil perlawanan. Perlawanan tersebut tidak dapat dihentikan oleh pengadil kerana Tanggang disumpah menjadi batu sebelum dia sempat mengetuk loceng penamat perlawanan.

Tahukah anda?
Tanggang tidak mahu mengaku ibunya kerana masakan yabg diberikan ibunya tidak sepertimana yang dia pernah makan. Kesangsian itu menyebabkan dia yakin bahawa wanita tersebut bukan ibunya. Namun Tanggang hanyalah salah seorang mangsa kenaikan harga barang kerana masakan ibunya kurang gula dan cili merah kerana kedua barang-barang keperluan ini mengalami kenaikan harga sebanyak 27% selepas sebulan tamat pilihanraya umum.

No comments: