Tergerak hati rasa nak menulis, baru-baru ini aku berbual dengan rakan Korea aku, Lucas namenye(name nak org putih ajee) yang datang dari Seoul. Dia ada menyebut tentang fenomena kedai kopi yang semakin bertambah di Korea Selatan. Jadi ingin juga aku berkongsi kepada orang lain berdasarkan penjelasan Lucas.
Apakah Gangnam Style?
Setibanya aku di Korea Selatan pada musim panas 2 tahun lepas, terbuka mataku dengan bilangan kedai-kedai kopi yang agak banyak di merata-rata tempat seperti Starbucks, TomTom Coffee, Angel-in-us, Tomato Coffee, dan banyak lagi kedai-kedai kopi berdarjat tinggi. Tetapi pada waktu itu aku tidak tahu mengapa dan terasa agak keliru kerana bagaimanakah kopi boleh menjadi satu budaya popular di sini. Rakan-rakan Koreaku pula sering mengajakku minum kopi dan menyebut pelbagai jenis nama kopi yang asing untuk aku. Aku dekat Malaysia hanya tahu kopi, kopi o, nescafe tarik. Paling special pun air Neslo.
Perkembangan ekonomi Korea Selatan yang sangat tinggi mewujudkan banyak kawasan-kawasan elit bagi penduduk Korea yang agak masyuk. Kawasan itu salah satunya ialah Gangnam (강남), terletak di Seoul. Bolehlah diumpamakan seperti Mont Kiara atau Hartamas di Kuala Lumpur. Hal ini juga telah mewujudkan kelas masyarakat yang berbeza pendapatan, namun atas sebab faktor ingin kelihatan sama seperti masyarakat elit yang lain, maka wujudlah satu fenomena yang dipanggil Dwaenjangnyeo (된장녀) bermaksud perempuan pes soya.
Dwaenjang ataupun pes soya ini merupakan bahan lazim yang digunakan orang Korea untuk memasak. Ala2 belacan untuk orang Melayu. Perkaitannya ialah wanita-wanita muda ini sanggup membelanjakan wang untuk kopi yang mahal di luar untuk kelihatan "cool", namun di rumah hanya mampu makanan yang murah seperti DwaenjangJiggae. hampir samalah dengan istilah "biar papa asal bergaya". Bukan sahaja kopi, termasuklah pakaian serta alat solek yang membuatkan mereka kelihatan sungguh bergaya. Aku sebagai Melayu yang selalunya pakai baju sekadar apa adanya, terasa sangat asing bila masuk ke dalam komuniti mereka.
Ini lah Dwaenjang |
Lebih Kurang beginilah gayanya |
Kembali kepada Gangnam Style tadi, Gangnam Style adalah lebih kepada merujuk kepada gaya hidup masyarakat elit di South Korea. Dan jangan lupa, kopi juga ada disebut di dalam lirik Gangnam Style tersebut, menunjukkan salah satu ciri kemewahan bagi orang Korea. Termasuklah anak-anak muda lelaki mahupun perempuan akan cuba kelihatan paling cantik, paling kacak, paling bergaya (dan mungkin anda dah dapat agak kenapa Korea merupakan negara yang pembedahan plastiknya antara paling tinggi di dunia). Pembedahan plastik memang diterima oleh masyarakat tempatan sebagai perkara yang biasa.
Tapi dalam keriuhan fenomena Gangnam Style ini, aku cuma tak dapat terima apabila Gangnam Style ini dikatakan "mari jadi Yahudi", lepas tu ada pula cerita kisah hitam berkenaan Gangnam, wallahualam, cuma nak menekankan fakta yang lebih rasional.
Aku tahu orang Melayu kita suka sangat benda-benda sensasi. Sebab itu surat2khabar pun suka letak tajuk sensasi di muka depan sebab orang Melayu suka benda macam ni. Tapi andai kita nak menjadi bangsa yang lebih pandai, berfikirlah dengan akal budi anda.
Jika ada yang mahu berkongsi artikel ringkas ini untuk orang lain, silakan.
http://lutut.blogspot.kr/2013/02/apakah-gangnam-style.html
http://lutut.blogspot.kr/2013/02/apakah-gangnam-style.html
ps/ Aku pergi Gangnam itu hari, takde la special sangat pun. Aku pergi kedai beli buah anggur, baring dekat kerusi taman sambil makan anggur satu-satu. Pergh, macam raja Greek.
7 comments:
aku rasa kau kena letak butang share untuk facebook atau twitter kat bawah ni. x perlu lagi nak copy paste link. hehe
wah thanks ! baru tau maksud. ramai dok canang mcm2 maksud. thanks Encik Paris =)
Tulah suka sangat nak percaya kata org lain kali selidik dlu asal usulnya.apa2 pun good job fuad...
Izzat: Tengah cari cara macam mana? kau tahu?
Cik Maeri: Sama2 Cik Delima April
Asyika: Standard ah Melayu. ahahaha..
pandai pon cari sendiri. lepas ni senang lah peminat2 kau nak shear artikel2 kau...
lisaafha.blogspot.com/2011/08/tutorialcara-letak-button-fb-like-dan.html
Perghh atok!! Makin lama makin berisi la blog atok nie! Missyou atok! Hehe..
Post a Comment