3 hari lagi sebelum berakhirnya Disember, berakhirnya 2010. Maknanya, ada lagi 2 tahun untuk tarikh yang cantik macam;
11.11.2011. atau 12.12.2012.
Aku rasa nak kawin masa 13.13.2013. Setahun lepas grad. Wah, mesti korang jeles dengan aku.
Cuti semester 3 minggu, walaupun pendek bagi orang lain, bagi aku, terlalu panjang. Haha, sebab aku rasa hari-hari aku di UM atau dah balik rumah, sama je. Nasib seorang KL citizen. macam ni la. Korang jeles dengan aku sebab boleh balik rumah tiap-tiap hari. Aku pulak jeles bila korang balik raya, muka kegembiraan korang melampau2. Memang dah tak ingat kawan dah. Ingat tiket bas je. Sampai hati korang ye, lupa kat aku.
Semester 3, macam2 berlaku. Naik turun. Jatuh bangun. Setiap semester, aku tak akan lupa untuk terus memperbaiki diri aku, dari segi pengurusan masa, pelajaran, gaya.. gaya?? Ya, aku rasa sem lepas aku sangat bergaya. Sebab aku pakai jam tangan baru, Polo Club, 70% kat Jusco. Gaya kan?? Lagi satu, aku pakai stokin Hush Puppies. wah, bergaya sakan.. eh, macam la korang bleh nampak stokin aku..
Tapi tak lupa juga, kesedihan dan kekecewaan yang berlaku sepanjang semester ni.. Pertamanya, aku tak dapat achieve target pointer aku untuk semester ni. Ah, keciwa sungguh.. Tapi tak apa, masih ada 3 semester lagi.. Lagipun pointer aku tetap meningkat setiap semester, Alhamdulillah.. Dan.. Yang masih baru meninggalkan aku. Cik Teh.. Tak sempat setahun pun kau bersama aku. Kau dah pergi dulu.. :'( memori kau akan sentiasa bersama dengan Cik Tam.. Selagi Cik Tam masih ada..
Lusa, aku pergi Pangkor. Ada event sikit. Nak quit pun tak sempat. Lagipun buat apa nak quit. Haha, melancong percuma. Dah lebih 10 tahun tak pegi Pangkor. Aku pun dah tak ingat pulau tu ada apa.. Aku akan kembali ke KL pada 2 Januari. Doakan keselamatan aku dan rakan2 pergi dan balik yer.
Eh, azam tahon baru! ahaha.. ape da azam tahun baru2.. Tak payah azam, memang tak jadi punye. Tanam azam tak perlu ikut tahun. Cuba baca entry aku masa Malam Tahun Baru yang lepas. Tahun ni aku berazam untuk..
Azam tahun ni, aku nak jadi kacak. Aku nak buat plastic surgery.
.......
......
.....
....
...
..
.
...Hmmmm... Takpelah. cancel azam.. aku guna bedak je.
1 comment:
atok!
jangan lupa 1jan..
as a promises!!
hanta gne sms pun bleh..
huhu..
Post a Comment