Thursday, January 6, 2011
Pengurusan Kewangan cara Muba
Baiklah. Pertamanya, aku tak pakai PTPTN.
Aku dah tinggal kat KL dah lama. dekat 20 tahun. Jadi aku serba sedikit boleh menyesuaikan diri dengan pengurusan wang di tempat yang kos sara hidup tinggi macam KL ni.
Hasil aku kerja sem lepas, aku ada baki RM600 ringgit. Ok, ini untuk aku mulakan hidup semester baru ni.
Dalam hidup kita sehari2, kita paling banyak habiskan duit untuk MAKANAN. Di KL, satu set makanan beserta air, koman2 nya adalah RM4.00. Kalau dua kali makan, dah RM8.00. Campur beli2 gula, air kotak, cumi2, karipap. So, aku boleh simpulkan bajet untuk korang makan dalam sehari tu RM10.00
Seminggu jadi RM70.00, Sebulan jadi RM300.
Dalam sebulan, berapa kali korang topup? kalau aku, RM10.00 sebulan, sebab aku guna Hotlink Youth Club, dan aku jarang reply SMS orang melainkan hal2 penting. Aku juga call orang dalam masa yang pendek. Tak berbual2 dalam phone, bukan hobi aku. Telinga jadi panas.
Jadi, itu sahaja yang aku selalu belanjakan sehari2.
Jadi, keyword kepada pengurusan kewangan, lagi2 student macam aku, adalah mengubah sikap dan diet.
Kalau korang memang dalam darurat, korang boleh amalkan BRUNCH. Breakfast+Lunch. Walaupun ada orang kata amalan ni tak sihat, tapi masalahnya korang ada duit ke tak?
Gabungkan makan pagi korang dengan makan tengahari. Jadi korang dah jimat duit di situ. Makan malam pulak, makanlah dalam pukul 9. So, InshaAllah korang boleh rasa kenyang sampai esoknya.
Pemilihan makanan. Pilih makanan yang karbohidrat tinggi. Yes, nasi. Harga nasik, korang amik lebih sikit pun, aku rasa harganya masih dalam lingkungan RM1.
Pemilihan lauk pulak. Janganlah hari2, nak complete lauk ada ayam, sayur, telur masin.
Cuba buat macam ni, hari ni makan lauk ayam.(RM3.00) Esok lauk sayur.(RM1.50-2.00)
Tukarlah menu setiap hari, cukuplah sekadar satu lauk je.
Pemilihan minuman. Aku refer untuk minum air kosong je. Sebab makanan Malaysia dah tinggi kandungan gula dan garam. Jadi, rasanya minum air tu dah boleh imbangkan kandungan gula dalam darah. Selain tu, korang pon sihat. hehe..
Kalau nak order air yang sedap sikit, orderlah limau ais atau jus. Sebab ada vitamin C. Walaupun sikit, tapi at least ada, daripada korang minum sirap, nescafe, teh o ais, yang korang sendiri pun tak tahu apa kandungan nutrien dalam air tu.
Kurangkanlah beli jajan, air kotak, atau apa2 yang tak munasabah. Nak sedap mulut, tapi tak sedap dompet.
................................................
Sikap pulak. Kurangkanlah calling awek dengan boyfriend. SMS pun dah cukup. Bukan tak sayang, tapi tengok la kemampuan kewangan korang. Haha... Kalau awek marah pasal tak call, misscall je diorang. ok la tu. Panggilan rindu. Miss call.
Yang perempuan, kurangkanlah bershopping. Barang wajib yang korang kena beli tiap2 bulan tu takpalah, itu bajet lain, tapi macam baju tu, ade yang dua minggu sekali kena beli baju baru. Haha, ade je.. Duit takde, buat cara takde duit.
Yang lelaki, dulu beli Dunhill 14, sekarang beli SAAT, Texas 5, haha.. baik korang bakar kertas surat kabar, try sedut.. kot2 sedap.
.................................................
Korang try amalkan ni. Korang takkan nampak ada lebihan duit yang banyak, cuma korang boleh rasa, korang masih mampu hidup untuk hari-hari mendatang.
p/s: fikirlah inisiatif untuk cari duit poket sendiri. Sebab duit korang takkan bertambah, just akan berkurang. So, carilah kerja ke, berbusiness ke, untuk tampung hidup korang. Tapi, jangan cari jalan mudah untuk dapat duit. Dan jangan terpengaruh sangat dengan business MLM. Sasaran mereka ialah orang2 yang kesenakan duit macam koranglah.
Cari duit dengan bijak ok.
Welcome to the world of capitalism.
Tougher life makes you a tougher person.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment