Saturday, January 8, 2011

Ah Si

sepatutnya game ni budak2 sekarang suka main dekat facebook, tapi malangnya jari aku ni suka menaip panjang2. So, terpaksa tulis kat sini.

........................................................................


‎0107: (aku buat sekali ni je sebab dia tuntut hutang) Dah lupa nama betul dia ni. Pasal panggil Cot je. Anak pakcik saari. Bapak dia penerbit lagu. Eh, ye ke?

Beliau merupakan schoolmate aku, tapi malangya kat sekolah aku tak pernah pon tegur dia. Dah habis sekolah baru kenal. Kamceng plak tu. Macam pelik je. Dulu selalu tengok dia naik bas RapidKL balik rumah. Entahlah rumah dia kat mana. Ada aku kisah ke dulu?

Lepas tu, form 4, beliau pindah sekolah pegi sekolah Teknik. Sebab dia asalnya cita2 nak jadi Juruteknik. yeh? haha.

Beliau adelah future engineer. Suka teh ais. Pernah nak tergolek depan Pavilion. Aku dulu konon nak amik architecture, pinjam la jugak die buku buku Lukisan Kejuruteraan, belajor punye belajor, buku tu aku sempat belek 2 page je, lepas tu aku quit. pasal aku pun tak faham ape yang manusia nama Cot ni baca dalam buku tu.

Dulu minat sangat pegi gig, berapa kali dia cuba meracuni aku untuk pegi gig, tapi tak berjaya2 jugak. Ternyata aku sangat keras kepala. Dan yang paling penting, dia suka amik gambar syok sendiri. wahaha..

Sekarang beliau sedang menuju kecemerlangan, tahun depan dah nak kawen. Wah, lagi cepat dari aku. kuang asam. Beliau selalu jadi mangsa ceramah politik dan falsafah aku yang sememangnya terkenal dengan seorang yg kuat membebel. Tapi sekarang dia bergerak lebih maju. Pantas dan garang!

1 comment:

•♥•ISHAA SAARI•♥• said...

haha..muba sengal.
teharu~
org wat blok utk AH SI ni..hahaha