Friday, January 21, 2011

Hebat sangatlah tu.

3 minggu sudah berlalu sejak bermula semester.

Muka dah menyerupai zombie untuk 2 minggu pertama, tak cukup nutrien, tak cukup tido, dan tak cukup kasih sayang.



haha..

Memang 3 minggu yang hiruk pikuk, ditambah lagi dengan masalah pendaftaran kursus atas faktor sistem baru yang masih dalam percubaan. Bukan sahaja pelajar tahun satu yang dalam masalah, malah kami tahun 2 dan 3 juga turut terkena tempiasnya.

niat Pengarah APM baik, kerana inginkan pelajar tahun satu dapat menamatkan pengajian dalam tempoh 3 tahun. Penambahan jam kredit untuk pelajar sesi 2010/2011 ini selaras dengan hasrat Universiti dan Naib Canselor untuk upgrade lagi sistem dan kualiti di Universiti Malaya ini.

Bayangkan kalau pengajian korang tu 3 tahun setengah. 7 sem. Nak taknak korang hanya akan grad pada tahun keempat tu jugak.

Rugi tak masa korang?

Tapi, biasalah dalam proses transformasi, ada masalah2 teknikal yang akan berlaku. Lagi2 sebab sistem UM keseluruhan pun ada masalah juga, bukan di APM saja. Aku sendiri pun tak jangka masalah akan jadi serumit ni. Aku sendiri pun jadual bertindan2, ada paper yang aku tak boleh ambik. Jadual exam bertindih. Sama je macam korang.

Paper BI hilang dari pendaftaran, bukan kena dekat student 1st year APM saje, aku dapat maklumat yang budak fakulti engineering pun kena jugak.

Aku kesal. Sangat kesal. Atas demonstrasi yang korang buat di pejabat APM. Memanglah sakit hari, marah. Hak student yer?



Penat2 je Pengarah nak pertahankan hak APM dan hak student2 dia di pentadbiran tertinggi UM. Lagi2 hak untuk belajar Pengajian Melayu dalam bahasa Melayu. Kalau tidak, belajar lah Tamadun Melayu korang tu jadi Malay Civilization. Dalam bahasa Melayu pun result tak seberapa, inikan Inggeris pulak.

Sistem problem, masalah wujud, tapi kalau korang pegi berkumpul ramai2 kat office tu pun masalah takkan selesai, bertambah ada lah.

Akhirnya korang sendiri dah busukkan nama APM.

Sia-sia usaha kami dalam nak menaikkan nama APM di mata universiti dan negara.

Siapa kepala kepada semua ini, insaflah.

7 comments:

Anonymous said...

actually,memang susah nk puaskan hati semua org kn?
kos sy y libatkan 2fakulti?lg laaa..
ade kawan2 y xboleh grad tahun ni..gara2 6paper bertindan dlm 1hari..so,kena la extend..kesian kan?
nk xnk,memang akan ade masalah..sabar la sikit..xpun,buat uni anda sendiri..kan senang..=p

Anonymous said...

ape nak jadilah orang tersebut.

Anonymous said...

budak tu memang giler... jom kita pulaukan dia!!!

AKU dan AKU said...

berani ko cakap la depan2 budak tu... haha

Anonymous said...

ishh....nape xckp je dkt si rusdi trus???...face 2 face...wakakakaa

MuBaroque said...

maaf, saya tak berada di tempat kejadian, tak dapat kenalpasti siapa kepalanya.

apa kena mengena ngan aku? said...

apa kena mengena ngan aku ni???