Friday, August 10, 2012

Pandelela Rinong Pamg dapat gangsa

Bajet nak tunggu sampai pukul 2 pagi nak tengok aweks2 seksi olimpik melompat2 ke dalam air, malangnya naluri ketiduran aku lebih tinggi daripada berjaga untuk tengok olimpik. Niat aku pun dah tak betul, syukurlah aku ditidurkan.


Sedap makan medal? Hehe, tahniah.

.....

Ada dua minggu je lagi aku kat Malaysia sebelum terbang pergi buat show Kpop kat Busan. Tapi ade la dalam 10 perkataan Korea je yang aku hafal. Kamsah hamidah.

Memang ah aku nak sesat lagi kali kedua kat sana kan.

Buku belajar bahasa Korea depa dah siap post lagi dari Korea sampai kat rumah aku. Nak baca, semua dalam tulisan Hangul. Aku ni apa jadah pun tak tahu. So, belajarlah aku sedikit demi sedikit ibarat membaca muqaddam masa kecik2 dulu, Alif, Ba, Ta, Da, Eh, Ef, Ji.

"piap!", bunyi Wak Nan-The Tok Guru membedal aku dengan rotan kontotnya.

"kepala hutak kamu, mane datang huruf E, F G?" tanya Wak Nan.

Sambil memikirkan alasan yang bernas menggunakan otak aku yang bebal, mulut terpacul menjawab,

"Orang ajar alif ba ta tak ada lagu la Wak Nan. Tak macam hafal A,B,C. Macam mana saya nak follow, tak interaktif lah."

Itulah kali terakhir aku menjawab soalan dengan jawapan bangang dan kali pertama aku kena rotan kat dahi.

Sekarang aku kena belajar tulisan Hangul ni sendiri, tak ada lagi guru. Kalaulah Wak Nan tu orang Korea, konfirm kelas mengaji dia hari2 penuh, tak ada budak ponteng main basikal kat bukit.







3 comments:

MAI'sarah said...

alaaa tinggal dua minggu jek lagi ke...
take care ye ahmad fouad!!! :D

MuBaroque said...

dua minggu je.. pejam celik pejam celik, dah kena makan kimchi.

MAI'sarah said...

untungla boleh makan kimchi.
takpe2...nanti boleh kurus...hahaha