Saturday, September 15, 2012

Aku Melayu Korea?

Aku Melayu. Tapi memang kadang-kadang tu orang ingat aku Korean. Kadang-kadang orang Korea pun ingat aku Korean. Aku pun kekadang perasan diri Korean. Korean tak pernah perasan aku ni Melayu. Dia ingat aku Indon.

Dalam banyak-banyak perkara yang aku nak buat di Korea ni, pertama sekali ialah kuasai bahasa depa. Aku dulu tak pernah ada motivasi pun nak belajar bahasa Korea ni. Bila dapat surat tawaran belajar kat sini barulah aku tergerak hati nak belajar. gerak sikit je. Sebab aku memang dasar pemalas. Buku belajar bahasa yang depa hantar dari Korea ke rumah aku, masih cantik macam baru beli kat kedai, padahal dah berbulan. Sekarang aku dah sampai Korea, merangkak-rangkak, terkehel-kehel aku nak kecek Korea kat sini.

Meskipun aku tahu bahawa aku kurang pengetahuan dalam bahasa Korea, aku tidak pun berasa rendah diri.(tak pernah). Sebab ada orang yang lagi terok daripada aku terutamanya dari student Ghana, Nigeria, Greece, Costa Rica. Dan selepas beberapa minggu berada dalam kelas bahasa tu, aku boleh detect beberapa muka yang berkemungkinan besar akan fail exam TOPIK(Test of Profiency in Korean). Mereka ni antaranya dalam kelas sebagai orang yg bodoh sombong, orang yg naturally-slow-learner, orang yg suka tanya aku bila tak faham(aku ni pembawa ajaran sesat), dan  memang dah rindu rumah taknak tinggal dekat Korea dah.

Aku boleh rasa sedikit progress dalam bahasa Korea aku. Daripada tak ada progress langsung kan? Tapi nampaknya aku kena ambil serius berkenaan exam TOPIK kerana jika aku tak mencapai tahap 3 dalam TOPIK, aku akan dihantar pulang ke Malaysia (perghhhh). Jadi sejak itu aku menjalani hidup dengan pnuh stress, kerana belajar bahasa. Lebih stress lagi bila aku tengok Pak Mesir(padahal baya aku, tapi muka tua kerepot) cakap Korea bukan main fasih, macam native speaker. I hate you. pasal kau berlagak.

Hamik kau. Kpop hitam.
......................................

Nampaknya aku harus mula menerima pengaruh-pengaruh Korea supaya mempercepatkan pembelajaran bahasa Korea ni contohnya tengok drama, dengar lagu Korea, dressup macam Korea, cari makwe Korea. Eh?




3 comments:

Unknown said...

Bestnye tinggal kat korea

Anonymous said...

Makanlah babi...

Anonymous said...

im sooo sorry for asking this (probably u will never notice ㅎㅎ) but i really need your help . boleh tak sum up macam mana u study for ur topik ?