Wednesday, September 1, 2010

Kena sensitifkan hidung

Sebab bak kata orang, malang tak berbau.

Harini sakit pinggang, bangun pagi je sakit. Walaupun aku amik paper perubatan, tapi belum belajor lagi care nak ubat sakit belakang sendiri. Nak urut, ape kejadahnye aku urut belakang aku sendiri.. Lain la aku xde tulang pelvis boleh pusing2 ke belakang.

Berjalan pun dah terkedek, bongok-bongok je.. bongok ke bongkok?

Lepas urut tu, aku terasa nak minum teh. Cadangnye nak beli kat vending machine kat bawah tu aje, jadi aku dengan seluar pendek, aku sarung je baju yg xde lengan tu untuk turun bawah beli air. Sampai2 kat vending machine, air teh dah habis.. arghh!!!

Memandangkan aku dah turun dari blok dan aku takmau sia2kan tenaga aku untuk tangga itu dengan hanya pulang ke bilik dengan tangan kosong, maka aku terus pergi ke kedai koperasi. Kak Gayah yang jage kedai pulak mase tu. Perghh.. Dah konfem2 kene tegur.

Seksi kot aku malam ni. (ahahaha)

Tak pernah2 aku pakai seluar pendek ngan baju takde lengan pergi jalan2 dalam kolej ni. Patutla member sendiri tak cam aku. Depa ingat aku cina mana entah. Budak2 Korea pon pandang aku sepuluh kali untuk proses pengecaman, lepas tu baru la depa kata "Hi Fufu"

Adeh, silap pakaian pun boleh jadi macam ni. Haih.


Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah, Amin.. :)

3 comments:

Itther said...

mmg x baik la dpt tok bomoh gatal ni..ahahah~

MuBaroque said...

ahaha.. 20 tahun lagi, semua doktor pun jadik gatal.. :P

cik_ceria said...

sabar ajelah awakk..huhu