Friday, October 9, 2009

Budaya lepak atas pokok

Semalam kami ada presentation untuk subjek TITAS. Masa bentang, biasalah..gugup.. bukannye sikit budak dalam kelas tuh.. hehe..

Ah, yang nak aku ceritakan ni, tajuk perbentangan satu kumpulan ni yang bertajuk pengaruh budaya barat ke atas remaja.

Seperti biasa, budaya Barat sering dikaitkan dengan perkara negatif, sumbang mambang dan sebagainya. Aku ada terbaca petikan ayat ni,

"kenapa bila kita sebut saje pasal budaya Barat, dah terbayang pompuan seksi baring terkangkang tepi jalan sambil minum beer?"

Ayat ni memang ayat terbaik jugaklah yang aku pernah dengar. Betul juga tu. Kenapa kita selalu memandang masalah yang dibawa dari Barat dan tidak menyelesaikan masalah yang datang dari budaya kita sendiri pula? contohnya.

Ada budaya Barat yang baik seperti, buang sampah dalam tong sampah, menjaga tandas dengan bersih, tak meludah merta-rata, bekerja pantas, menepati masa.. Kenapa tidak kita adaptkan budaya seperti itu?

Budaya melepak kedai kopi, malas bekerja, meludah, tandas kotor, tak tepati masa,dan macam2 lagi. Dari mana tu?

Sama ada budaya Barat atau budaya apa sekalipun yang datang pada kita, kita haruslah pilih yang mana elok dan sesuai untuk kita. Tak semesti budaya dari luar adalah buruk.

Jadi, cuba ubah sikit perspektif anda.

2 comments:

picco said...

betul2

pika said...

woww!!
u've bcome more n more matured
gud job mubs~~;p