Belum apa-apa lagi mereka-mereka ini sudah sibuk mengemas bag nak balik kampung. Harini Selasa, raya hari Ahad. Dalam lingkungan seminggu la.. OK la, dah dekat la tu. Sangat relevanlah korang berkemas.
Bulan puasa bukan sahaja tentang menahan lapar dan dahaga, namun lebih khususnya iaitu melawan nafsu.
Nafsu amarah aku tercabar 2 kali apabila
1) Sedang aku tidur di dalam surau yang kecil sementara menunggu Zohor(hari tu memang aku sangat penat pasal tak cukup tido), datang seorang mamat masuk ke dalam surau dan pasal lagu rock kuat2. Senior tak senior, aku bantai.
Batal ke puasa aku?
2) Aku membeli nasi lemak. Nasik lemak RM1.00, Telur mataRM0.80. Jumlah yang aku kena bayar, RM2.50. Kenapa? Pakcik tu cakap aku amik sambal lebih. Die suruh aku amik satu sudu je. Maka jika anda ambil lebih dari satu sudu, anda dicas 70 posen ye pakcik? Tak pasal-pasal pakcik tu kena maki dengan aku depan customer-customer dia.
Batal ke puasa aku?
Minggu ni kali terakhir kami dapat berbuka bersama-sama dalam bilik. Tahun depan mungkin ramai yang dah kena tendang dari kolej. Yang pasti, Bam akan kekal dalam kolej. Aku? entahlah. Kalau aku tak dapat kolej, aku nak mohon kolej lain, kolej 7 ke, 4 ke.. Nurul Izzah tak aci la, anda macam yakin je boleh dapat kolej 7 tu.. haih.. lagipun, kolej 7 dekat sikit dengan Akademi aku. Tak payah susah-susah bangun mengejar bas yang dipandu pakcik berkopiah di mana biarpun anda hanya terlewat 3 meter dari pintu bas, anda akan ditinggalkan. Pakcik ingat tunggu orang sekejap tu akan menyebabkan pakcik membakar banyak kalori pakcik ke. Yang kami menunggu bas sampai setengah jam tu tak terbakar ke kalori kami? dengan hati pon terbakar gak. Ingat pakcik je ke puase?
Tengok tu, aku mengutuk orang pulak.
Batal ke puasa aku?
Entahla.. Mak aku cakap kalau puasa tak cukup, takleh raye... huaaaaa...huaaa...
Eh, aku beraye ke tahun ni?
1 comment:
nice to meet u. nice to know u. dat all. eventhought i don`t even know `who r u`. just be yrself. ;>me
Post a Comment