Friday, December 18, 2009

Pengawan, Bukumuka, Ruangku



Friendster akan diambil alih sepenuhnya oleh syarikat MOL Global, iaitu syarikat milik warga Malaysia menjelang hujung tahun ni.

Dulu first skali yang aku join, Friendster ni la. Mase tu form 4 kot. Memang still baru lagi la aku pasal internet ni. Pakai dial up je pulak tu. Sekarang dah canggeh, boleh main potong potong je internet. Siapa bagi searvis internet terbaik, yang itulah orang pilih. Dulu selalu sangat aku dengar rungutan pasal internet lembab la, takde internet. Sekarang sejak ade syarikat pesaing internet yang baru, tak pernah putus pulak internet kat rumah aku ni.

Orang bniaga macam tu la, kalau dulu dia sorang je yang jual internet, suka2 hati dia nak kasi servis tahi kat kite. Sekarang da ade pesaing, kita pulak kasi dia makan tahi.
Fuh, marah benar aku neh..

Ok, kembali kepada laman web rangkaian sosial Friendster. Aku pun tak berapa sure siapa yang perintis Friendster, tapi Friendster memang salah satu antara otai social networking. Friendster bagi aku lebih digemari oleh pengguna berbangsa Cina, yang Melayu lebih kepada MYspace. Ini berdasarkan pemerhatian aku la. Maksudnya Cina dengan Melayu ni susah nak satu kepala.



Lelaki ini dulu driver aku pergi pasar, tapi kuat main tenet.

Dah aku masuk form 5, ramai la pulak kawan2 pakai Myspace, aku pun guna je la Myspace, pasal mase tu senang nak komen mengomen kat page orang. Patutnya borak dekat inbox, tapi borak dekat comment box. Lepas tu layout untuk Myspace lebih menarik la kot bagi aku. Tambahan pula, masa tu ada suatu zaman remaja2 ni gila nak dressup emo, pastu taruk kat Myspace. Layout pon emo. Amik gambar rambut panjang tutup mate pastu pakai celak pastu buat ayat macam orang nak mati. (sapa nak terasa tu silakan).




Dah sejak aku dah habis STP, baru la aku mula berjinak-jinak dengan Facebook. dulu haramjadah aku tak reti nak pakai facebook ni. Pernah sampai nak give up. Esther Khong Poh SIng yang suruh aku register. (u took the responsibility ok?) So aku register je la. Tengok la sekarang Facebook dah kat mane. Sampai Najib pon memanfaat kat Facebook untuk die punye 1Malaysia tu. Semua budak pon maen facebook. Dulu facebook ni budak2 oversea je selalu main, sekarang dah canggih.. Mungkin ni la zaman kegemilangan ko Mark Zuckerberg. I hate U.

Friendster dulu semakin suck pasal dulu dia punye wall post dah macam tong sampah kena kekah dengan anjing .. Memang macam sampah. Benda yang aku takmau taruk pon dia postkan. Gambar sana sini, orang lain komen profil orang lain pon perlu ke diberitahu kepade aku?

Sekarang Friendster dah warna hijau, sampah pon dah kurang, terima kasih la pasal tolong sapu. Tapi cuba la buat suatu yang baru, untuk menarik pengguna join semula Friendaster. Aku ni bukannya suka sangat pun Facebook tu, pasal facebook tu Mark Zukerberg punya. Cuba Facebook tu Mat Zukri Syufaat yang punya. Baru la aku support.


(anggap je la friendster ni warna hijau)

1 comment:

Anonymous said...

My name!! Long lost friend =)