Tuesday, November 30, 2010

Cara Muba menghadapi exam


Sediakan pensel, pen, slip peperiksaan, kad matrik, dan jangan lupa, bawak otak sekali. (otak ada isi atau tak, itu belakang cerita)

itu aje, haha.

Esok exam Pengajian Melayu Bersumberkan Islam(PMBI). Nama macam gempak. Memang gempak pun. Ramai merintih dan menggelupur hanya kerana exam ni. Aku pun tiba2 jadi rajin pergi library sebab exam ni. Harap exam2 yg lain pun aku macam ni jugak.

Dah 3 semester, tapi still study pulun last minit. Entahlah. Rasanya sem depan pun sama jugak. Tapi ada la jugak niat di hati nak buat sistem pembelajaran konsisten(spk). Method yg aku reka sendiri. Macam menjadi la pulak kan.

Adeh.

Semester depan aku kena susun jadual subjek aku betul2. Dan aku tak mau bertindih 3 exam lagi mcm semester ni. Mampus aku. 3 paper 1 hari beb. Korang satu paper sehari pon dah berhingus2, inikan pulak 3. Konfirm resdung terus aku nanti.

Ah, hari exam nanti harap aku tak lupa bawak tisu.

Dalam kekalutan memikirkan exam, aku tak lupa juga pasal projek MALTIS(Majlis Makan Malam APM) yang sudah pun bagi tekanan dari arah lain ke atas aku. Harap semua AJK pun janganlah terasa hati dengan perangai aku dalam minggu2 exam ni. Muba ok, cuma sibuk dan agak ignorant. Kadang2 tu aku terlupa, janganlah ambil hati. Tegur aje aku. Jangan nak touching2 pulak dengan aku. Bekerja kena profesional ok? :)

Maka, pandai2lah urus masa. Yang tak penting tu taruk ke tepi. Ada sampah, sapu. Ada habuk, tiup.

Dah, aku pun dah tak faham aku tulis apa.

Goodluck exam semua!

No comments: