Sunday, November 28, 2010

Rupa-rupanya roomate aku seorang...

....seorang pelajar Universiti Malaya! wah.. aku kagum.. bangga seyh! dapat sebilik dengan budak UM. Nanti boleh poyo dengan sedare mare. wahahaha..


perghhh.. lek ah bro.. :D

Hawau you.

Dia budak Melaka, awal2 daftar masuk kolej ni, pakai baju kemeja dengan seluar slack bertali leher. Gila bergaya. Aku pakai baju ape je hari tu. Tak smart pun macam dia. Memang aku rasa sungguh rendah berdiri sebelah dia. Tapi kami sama tinggi.

Ah, dipendekkan cerita, dah dekat dua tahun aku roomate dengan dia. Bergaduh, belum pernah lagi. Pasal aku tak tau nak gaduhkan apa dengan dia. Tapi ada sesuatu yang agak kontra antara aku dengan roomate aku ni, iaitu;

1)Tahap kekemasan bilik
Aku-memanglah bilik sama, tapi ada bahagian aku, ada bahagian dia. Yang pastinya, bahagian aku bersepah. Pasal dulu aku roomate dengan tikus. So perangai tikus dah berjaya mempengaruhi aku. Damn you tikus.

Dia-Bangun pagi, lipat selimut, betulkan cadar, kemas buku, sapu2, mandi, gosok baju.. perghh..

2)Tahap memori otak
Aku-baiklah, aku mengalah. Memori kepale otak aku hanye sebesar 2 gig. Tak dapat nak simpan memori banyak-banyak. Lepas tu dah kena virus, cepat lupa.

Dia-no plat motor aku, dia yang tolong hafal, no telefon kawan2, dalam kepale otak dia. Sebut sekali je. Dah ingat. Kalau aku, 6 kali pon belum tentu aku ingat 3 nombor pertame.

3)Tahap IQ
Wallahualam. No komen.

..................................................................................

Tukar topik.

Hari ni pertama kali bilik aku berjaya memuatkan seramai 5 ketul daging orang manusia sekaligus dan bermalam dengan sungguh selesa. Roomate aku tu pun dah boleh dikirakan dua orang, makanya 6 orang lah!! ahahaha..

Kami juga berjaya berjaga malam untuk study(agaknye lah) sampai pukul 4.30 pagi, kemudian pegi kedai mamak di PJ untuk makan nasik lemak. Memang kelawar kan?

Aku berjaya menghabiskan 9 bijik buku komik ikhtiar hidup dalam satu malam.

wah, pencapaian terbaik untuk minggu ini!

No comments: