Esok aku akan pergi Terengganu, teman abang aku interview.
Balik ke KL pada 29 Mei, haih.
29 bersamaan hari Jumaat tersebut, aku sebenarnya dah plan aktiviti aku. Pertamanya sekolah lama aku di Seri Tasik panggil aku dan beberapa member aku untuk perform untuk Hari Guru. Kiranya kami ni artis jemputan la. Cikgu Ghazali a.k.a. Penolong Kanan hari tu pun kami dah jumpa, beliau kata takde masalah. Aku pun on la.
Keduanya, Rahmat ajak aku pergi function/konsert. Bukan jadik penonton, kerja la beb. Dapat la sikit duit beli burger double special cheese sebanyak sepuluh bijik. Kenyang aku satu hari. (10 bijik sehari?)
Nampaknya, aktiviti aku tu tak kesampaian, namun, 30 Mei iaitu satu2nya hari aku free sebelum pergi ke Penang, aku akan manfaatkan sepenuhnya untuk rekod single terbaru aku. Harap2 sempat siap. Nanti aku bagi korang dengar ok..
Aku dah semacam masuk air sekarang ni, sebab aku tengah nak menulis lirik. Camni la aku. Tulis lirik je, semua syaitan, iblis, jin, najib, semua masuk badan aku. Mula la aku merepek2 dengam member dalam YM aku. Pasal aku nak carik feel.
Feel la sangat.
p/s: aku bukan pengikut Black Metal atau Freemason.
No comments:
Post a Comment