Selamat sampai ke Kuala Lumpur. dengan rasa terbeban. dan sedikit kecewa. tapi tak apalah..
masih menunggu hari rabu.. :)
Raya tahun ni menguji banyak membuka minda aku tentang beberapa perkara yang susah nak dapat masa hari raya..
Pertamanya, aku beraya sambil menjaga kucing aku, cik teh yang x sihat.. Kesian dia, aku tak pasti sakit apa. Doktor haiwan haritu tu pun rasanya tak tau macammana dia lulus degree veterinari dia tu. Pegang pun tidak, dia kata kucing aku tak apa2.. Ingat dia bomoh ke ape? Untuk pengetahuan sekalian, klinik haiwan tersebut adalah klinik kerajaan.
Oh, patutla macam sampah punya servis.
Aku berpindah 3 bilik sepanjang hari raya sebab nak beri tempat kepada abg n akak aku yang baru sampai ke terengganu. Sepanjang 3 kali tu jugaklah, cik teh ikut aku berpindah bilik. Tak payah bawak dia pun. Dia datang sendiri. Mungkin dia tak mahu tidur sorang2, aku pun sedih la tengok cik teh tu sampai ke harini pun tak sihat2.. Tenung muka dia yang macam tenat tu..rase nak nangis plak.. hwaaa.. Be strong cik teh.
Kedua, jangan makan banyak sangat masa raya. Perut akan shock. macm perut aku. terpaksa jumpa Dr. Tan(das) berkali2. Jarakkan diri anda dengan sate sebanyak 3 meter untuk menggelakkan tangan anda yang panjang tu boleh capai sate dan terus mengunyahnya dengan rakus sekali. Tau la puasa sebulan, tak perlu la lahap sangat.
Terakhirnya, kalau nak duit raya, sila shave janggut anda.
No comments:
Post a Comment