Sunday, May 23, 2010
Tussidex Forte Linctus
itu adelah jenama ubat batuk yang paling tak sedap aku pernah makan seumur hidup aku.
Aku harap aku dah buat persediaan yang cukup untuk menghadapi semester 3. Aku dah dijanjikan penempatan kolej. Alhamdulillah. So aku boleh fokus benda lain.
Ada beberapa point2 utama yang aku harus kecapi semester depan.
*Pointer 3.50 (arghh)
*Side income
*Persatuan Mahasiswa APM Universiti Malaya
Jabatan untuk majoring aku dah pilih (dalam hati). Rasa2nya Jabatan Sosiobudaya. Apa khabar En. Hakimi? hehe.. Jabatan Bahasa nak result B, tapi aku dapat B-. Jabatan Linguistik nak A, tapi aku dapat A-. Bagus bebenorlah. Aku hilang kuasa memilih.
Tapi bila difikir2kan semula, memang Jabatan Sosiobudaya ni yang sepatutnya aku masuk berdasarkan tujuan aku memilih Sarjana Muda Pengajian Melayu dalam permohonan UPU aku dulu. Aku masuk bukan nak belajar bahasa, tapi aku nak belajar pasal orang Melayu tu sendiri. Pasal aku suka mengkritik. Kritik Melayu pulak tu. Secara tak langsung aku mengkritik diri sendiri rupa2nya.
Ramai yang kata susah, berat, payah nak score. Aku cuba la baca2 sikit nota2 untuk paper sosiobudaya ni. Tercirit la jugak. Perghh.. Aku perlu mengabdikan diri kepada buku sekurang2nya sejam sehari untuk memastikan input yang aku perlukan mencukupi.
Sejam sehari. Hmm....
Hmm....
Facebook..
Chatting..
Tidor...
Ceit, takkan la sejam pun tak boleh kot?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
betul3x belajar itu penting, saya pun nak sambung belajar lagi ni..
untuk mengecapi kejayaan mmg begitu.yg penting jgn lupa solat ye
UPHADYL FORTE ( EXPECTORANT) good for cough..
hi ,, boleh tak bagi informasi pada saya dimana saya bisa dapatkan tussidex forte di indonesia khusnya daerah sumatera utara medan, soalnya saya susah cari.
thx ya
Post a Comment