Monday, May 18, 2009

Kalaulah Aku Sehandsome Harun Salim Bachik

Ah, apekah yang membuatkah aku ni selalu free asyik ke sana ke mari macam dah takde kerja? -Memang aku tak ada kerja.

Latest kerja yang aku apply ialah di TANGS di Pavilion Bukit Bintang.. Aku apply sebagai part timer sahaja memandangkan kerja itulah yang sedang diofferkan kat situ. Maka aku dan Ydnas yang merangkap sebagai ahmoi sekolah aku dulu, pergi apply kerja di officenya di Bukit Bintang.

Aku ditemani Xebot, salah seorang pekerja setia TANGS. Dialah juga yang merekomenkan aku kerja ni. Sesudah menunggu pegawai dari Human Resoursenya, kami pun dipanggil dan ditemuduga bersama2(aku dan Ydnas).

Ydnas datang pada mulanya hendak apply kerja sebagai Permanent worker, ialatu pekerja tetap. Tetapi tiba2 dia berubah fikiran dan lebih memilih untuk mendapatkan kerja yang sama dengan aku sebagai part timer. Nampaknya aku ni banyak mempengaruhi dia. Bah~~ Bukan nak mengkritik, tetapi communication skill Ydnas sangatlah lemah dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris.(korang rasa aku berborak dengan Ydnas dalam bahasa apa?)

Maka semasa interview itu, akulah yang banyak bercakap berbanding Ydnas yang hanya "ermmm", "errmm". Semua detail yang kami beri tak banyak berbeza kecuali yang aku ada pengalaman dalam kerja promoting, dan juga satu ini. Aku mintak supaya dibenarkan solat jumaat dan lain2 semayang. Bukanlah aku nak kata aku ni seorang yang warak, aku pon banyak dosa jugak. Tapi ini hak aku kan?

Sesudah keluar dari bilik interview, ternampak Diraf pulak tengah menunggu giliran. Ceit.. mau jugak..

Hari berganti hari aku menunggu panggilan telefon dari TANGS, sampailah satu hari Diraf call aku dan mengatakan TANGS dah call dia. Aku pun hairan kenapa aku tak dicall. Tunggu punya tunggu, sampailah hari diorang mula bekerja, 14 Mei. Tak ada satu panggilan pun aku dapat kecuali dari Askalani yang offer kerja sebagai facilitator kat aku.

Aku pun redha je la. Diskriminasi menjatuhkan aku. BOIKOT TANGS.

p/s: Ydnas yang "ermm" "ermm" pun dapat kerja tu.

4 comments:

Chill Sam said...

sian ko ad..
xpe..
sabar je la..
hihi

Aku Diraf said...

aiya... nak buat mcm mana... nama pon tangs company "CINA" dr "SINGAPORE" aiya.... xpe punat...sabar2... aku sedih ko x join skali... :(

fyka said...

siannye..xpe..nti kite keje sme2 kt tesco ipoh k..haha*tbe2

x. said...

owner die mesti cine lahanatullah.
kesabaran je la.
:)