Thursday, April 23, 2009

Lesen Memandu Troli

Hari ni ada satu keramaian. Memang sangat ramai. Kakak aku dijemput hadir dalam keramaian tu dan aku dan mak aku turut serta lah. Ya, aku memang gila glamor.

Keramaian tu kat Jusco Cheras Selatan a.k.a. Jusco Member's Day, dekat Balakong. Bila sampai2 je, wah, ramai gilar orang. Tempat parking pun penuh, sampai orang parking kat tepi lebuhraya. Nasib baik la kakak aku parking kat depan rumah Sir Rasfan yang tak jauh daripada tempat itu.

Bila dah masuk dalam kompleks tu, mak aku suruh amik kenderaan membawa barang iaitu troli. Bab2 memandu troli, memang aku yang expert. So aku bawalah masuk dalam kompleks itu. Ish3, tak pernah aku tengok Jusco sesardin ini. Punya la sesak. Dah macam jalan raya kat Mumbai, trafik jam ntahhape2 termasuk memandu2 yang tak bertauliah membawa troli tak ingat dunia.

2 kali bumper aku dilanggar dek troli pemandu lain yang tidak berperikepunggungan. Sabarlah, aku pun nak shopping jugak. Ada jugak pemandu troli yang bertindak memberhentikan troli di tengah laluan orang ramai untuk mencuba air Yogurt terbaru keluaran Mak Ujang. Tak ada otak.

Lepas tu ada pulak yang bawak barang melebihi muatan, sampai kotak tisu yang menggunung dalam troli dia melangar muka jambu aku. Cilanat. Ada pula yang sesuka suki parking troli kat mane2 ntah yang membuatkan troli lain tak dapat nak lalu. Kalau troli ni ringan, dah lame aku campak kat atas almari. Tak pun campak kat lutut pemandu tu.

Ada lagi, yang bercakap telefon semasa memandu troli. Yang ni lagila tak makan saman. Lebih kurangla macam bawak troli sambil tutup mate. Sume bende kat depan dia, tak dipedulikan langsung. Nak langgar je kejenye. Kitorang pulakla yang kene mengelak dari terlanggar dia. Dah la buat muka seposen. Patut pun murah.

2 orang pompuan dari Iran, selamba memblock laluan aku dengan punggung diorang. Dah la "Excuse me" pon diorang tak faham, apekan lagi kalau aku kate "tolong alih bontot tu boleh tak?"

p/s: Sila dapatkan lesen memandu T anda.

5 comments:

Aku Diraf said...

shopping x ajak... kiamak aku br nak minatk ko blanje sushi...

fyka said...

ouh..sal pompuan iran 2..jgn ckp cm2..ckp je..hey u bitch..excuse me..!!-dgn pnuh sopan k..
msti die akn ktepi dn bg hdiah..belaian penampar kt atok;)
cubalah..pasti berkesan;)

afrataidinbandaran said...

ko kan "racist", cam tatau plak nak kate ape...

Tyra Ahmad said...

adoii~
atokk aku mmg baik hati.
dats y die x wat cam mereka yg tak bertauliah tuh buat.

*atokk,aku da back up ko.
ape lagi??
marshmallow 2 pack yg kau jnji kan =D

afrataidinbandaran said...

x payah nak back up...
hohoh