Aku dah tak rasa aku ni normal. Tidor pon dah tak tentu, terjaga setiap satu jam, aku boleh makan burger special 2 bijik dalam 3 minit tanpa air, kalahkan Tamhar makan burger double special cheese, dan menulis blog atas loteng di Kuala Lumpur pada jam 2 petang di kala matahari menusuk bahangnya di atas kepala rakyat Malaysia.
Sel otak aku banyak yang kena rebus.
Aku dulu sihat dari demam dalam sehari, aku sangkakan aku ni Wolverine, tapi bulu dada pon tak selebat misai kambing, maka aku rasa aku bukan Wolverine.
Tiba2 aku rasa aku ni Cyclops pulak, sebab aku pakai spek dan mata aku merah dan nightvision hebat dalam gelap. Tapi mata aku terlalu sweet kerna aku sepet. Laser susah nak keluar.
Sesekali tu aku rasakan aku ni Gambit, pasal aku terer baling kad LRT dalam kelas aku, melekat kat siling ngan papan kenyataan. Tapi aku ni cong kad daun terup pon tak pas, apekan lagi selalu kalah maen kad UNO, maka aku terkesima sorang2.
Pernah sekali aku rasa aku sesuai jadi Storm, bukan pasal aku hitam, tapi pasal suara aku menjadi kegilaan hujan. Nyanyi je, hujan pon tepuk tangan (guruh), pastu aku kena ludah.
Profesor Xavier? kenal? yang kepala botak duduk atas kerusi roda. Aku ni dulu sangkakan aku ada kuasa psikik, pasal setiap ramalan aku mesti jadik kenyataan. Contohnya bila aku makan nasik lemak kantin sekolah aku, aku ramalkan aku akan berlari ke jamban dalam sejam selepas itu. Ramalan aku tepat sekali.
Last2 aku rasa aku lebih sesuai jadik Chiliman, pasal life's sucks without chili sauce.
2 comments:
kah2..lwk2..add ssuai jd jumper je add..
tp..npe nk jump ke song choon?
>_<..hehe..jgn..kt sni ade bnyk pencawang lektrik..dikhuatiri add akn tsngkut..
song choon best.. ade tesco.. ade jusco.. huhu.. eletrik tu hal kicik je.. add penah kene letrik lampu jalan.. still masih hidop.. haha..
Post a Comment