Di Busan ni pertama kali aku tengok salji turun dengan mata kepala aku sendiri. Dulu pernah pergi jugak ke Busan masa 2010 dulu tapi tengah musim panas.
Hoi. Kenapa ramai sangat suruh aku pos salji. Boleh je nak aku poskan tapi bak siji duit pos. Pastu aku pun tak boleh nak jamin salji kau tu masih dalam keadaan salji atau dah jadi macam cendol yang kau tak minum2 pasal berborak dengan member bawah panas terik berbumbung kanvas.
Aku pun agak tersedar bahawa sense of humor aku dah hilang. Tak tahu kenapa. Dulu bila baca balik tulisan sendiri, aku boleh gelak sorangsorang. Sekarang ni tak boleh. Mungkin IQ aku meningkat sampai SOH aku pulak menurun demi memberi ruang kepada IQ aku yang semakin bertimbun ibarat baju kotor aku yang aku tadi kata nak basuh tapi pegi duduk depan laptop lepas tu tengok youtube How to make Chicken Satay dah akhirnya kecundang untuk menahan lapar lalu terpaksa melahap nasik peket aku yang hanya berlauk sup bayam 3 in 1 dan baru terperasan bahawa aku lupa nak menutup ayat yang terlalu panjang ni tanpa titik ni.
Hari jumaat lepas baru dapat peluang untuk cuti hari Jumaat. Dah 4 bulan tak solat jumaat di masjid sebab kelas dan jaraknya jugak amatlah jauh.
Jadi aku pun bersiaplah untuk ke bandar Dusil dimana terletak satu-satunya masjid di Busan. Tengah-tengah jalan kaki hendak ke stesen bas, terserempak lah pulak dengan Miza. Dia kata bas tak boleh masuk universiti due to heavy snow. Rancangan terbantut. Dan aku takkan pula duduk saje dalam bilik membuang masa.
Maka itulah faktor kepada bagaimana orang salji tersebut tercipta
4 comments:
Salam..ada org kata kat busan takde salji. Tmpt ski pun takde. Adakah benar? Apa yg menarik di busan?
Busan ada salji. tahun 2012 sahaja 3 kali salji turun. (2 kali lebat). Cuma tempat ski memang tak ada kerana Busan adalah tempat paling panas di Korea dan salji yang turun pun tak tebal sehingga mampu dijadikan tempat ski.
hai there, boleh bg tips bercuti kat busan tak? sy plan nak prgi sane bulan 1 nanti . hope boleh la membantu .. ade jgak org malaysia kat sane nanti boleh guide sy. thanks =)
Bulan 1 nanti adalah musim sejuk. Biasanya tarikan utama di Busan adalah pantainya. Bila waktu musim panas, ramai orang akan ke Busan kerana terdapat banyak pantai2 yang cantik. Selain ke pantai, ada tempat2 menarik seperti tokong di tepi laut, boleh cuba makanan laut, cultural village. Namun tema di Busan, lebih kepada pelancongan alam sekitar. pantai, tebing, laut, bukit.
Post a Comment