Friday, February 8, 2013

Buku mahal dari jaket


Kelmarin duit biasiswa dah masuk. Aku dengan disokong oleh semangat tahun baru, nak cuba menyimpan duit untuk bulan ni. Biasiswa tak ada lah banyak mane, 900 ribu won je.
Bulan lepas duit banyak habis sebab kena bayar duit dorm untuk 2 bulan, lepas tu bayar yuran exam, dan pemborosan duit kerana nafsu makan, dan untuk dating.
Sekarang dah cuti semester tapi kelas aku je yang masih berjalan sampai hujung bulan ni. Harap aku dapat mengurangkan penggunaan duit.
Hari ni beli buku.
RM300+-
Hampeh. Nyesal tak fotostet.


No comments: