Suma perlu didahulukan dengan L baharulah P.
Hari ni, setengah hari aku berade dekat pusat latihan memandu IMKEDA(bukan tujuan promosi) di Hulu Langat. Aku ambik lesen P motor dengan LP kereta. Dulu aku amik L motor dekat tempat lain, lepas tu tak ada masa nak buat P sampailah setahun setengah. Kiranya dekat 5 kali jugakla aku asik renew lesen L tu. RM20x5= RM100. duit jgak..
Ade orang tanye, "kenape tak buat kereta sekali, boleh jimat sikit"..
adoi.. tak tahula nak jawab ape. Umur aku masih 17 semase amik lesen L motor maka aku tak boleh buat lesen kereta. Aku memerlukan lesen kerana aku ambik Form 6 dekat Datok Lokman. Jauh beb. Dah taraf musafir dah.
Hari ni kursus 6 jam kereta. Nasib baik member aku ade, Luriaz, die pon kursus sekali dengan aku. Maka taklah boring sangat. Agak concentratelah jugak aku dalam kursus tu, pasal aku dulu ambik form 6 maka setiap kali kelas aku akan fokus..(konon)
Kekadan pun aku menoleh jugak ke kiri kanan belakang pasal ade awek mengelilingi aku. ceit.
Di kala aku sedang berusaha memahami ceramah tersebut, aku menoleh ke belakang dan ternampaklah sekumpulan 4 budak lelaki berbangsa Tionghua sedang membaca komik.
...... orang macam ni ke JPJ nak kasi lesen? Budak-budak nak dikasi lesen? License-to-kill namenye nih..
Sesi ke-2 kursus tu pulak, hanya tinggal suku daripada peserta yang terdapat dalam ceramah tadi. Dah balik la kot. Kitorang checkout interior kereta dan how to drive. Ade la pulak sorang awek ni, die ni dok usha aku dari kantin. Aku pon usha gak ah. Lawa, macam pelakon Indon. (hehe). Die pun join kursus ni jugak tapi aku tak perasan mase ceramah tadi.
Aku suka sikap die, jenis slumber. Penceramah tgh tunjuk pasal tayar, orang lain bongkokkan badan, tapi die ni boleh pulak terus duduk bersila atas jalan tar tu. Lagi la aku tertarik, pasal banyak perempuan yang aku jumpe sebelum ni suke kontrol. Tapi sorilah, aku datang untuk belajar, bukan carik jodoh.
Dah abis ceramah, pencermaha tu offer la siapa nak masuk dalam kereta untuk try. Semua buat muke2 bajet malu nak masuk. Aku pun terjah je masuk dalam kereta yang pintunya terbuka itu.
Aku pakai beg, pastu aku terus masuk, badan aku tinggi sangat, aku toleh kanan terus terhantuk dinding(sambil digelakkan org lain), adjust seat tapi terlajak ke belakang. Seronok betul situasi itu. Bullshit.
Dah habis kelas tu aku ingatkan boleh balik, tapi kene tunggu lagi tiga jam. OMG. Kakak pengajar memandu tu kate tadi die hanye cop jari untuk Luriaz. Aku tidak pula. Arghh.. aku haus, penat, dehidrasi, jiwang. Aku nak balik.... tapi terpakse jugaklah tunggu.
Sementara menunggu tu, kakak tu ajar sorang pelajar lain. Taraf makcik dah. Die cikgu sekolah dekat SMK permaisuri. Die ajar BI. (perlu ke bagitau?) Maka aku dengan Luriaz pon duduklah dekat bawah pondok. WAH, miracle sungguh, aku terjumpe Uncle Choo Lye yang buatkan lesen L aku dulu. Tapi die dah tukar no. tepon, sebab tu aku terpakse amik lesen P dekat tempat lain. Kitorang borak2 kejap, lepas tu hujan. Aku pun larilah ke tempat lain. Tunggu punya tunggu, baru pukul 7. Aku kene cop jari pukul 7.45. masih awal. Maka kesempatan itu digunakan aku dan Luriaz untuk tarah (belajar bawak)kereta kakak tu. Hebatlah jugak aku bawak. Macam Valentino Rossi.
Dah habis cop, kitorang pun baliklah, tapi aku dengan Luriaz bercadang nak makan burger. Tengah lapar beb. Ajak la si Diraf sekali alang2 rumah die dah dekat. Aku pergi kat gerai burger tu, tengok harga.
Burger Ayam: RM3.00
Hotdog: RM2.00
Benjo: RM2.00
Special
+ telur:RM1.00
+ cheese:RM1.00
+ daging(double):RM1.00
MAK AIH, GILE CEKIK DARAH!!!
Aduh, beli je lah, dah kempunan nak makan. Aku mintak hotdog dengan burger ayam double, pasal membazir kalau mintak + telur. Aku tengok die goreng sosej..
MAK AIH, APSAL SOSEJ KECIK?? INI DAH MACAM COCKTAIL GORENG!!!
Nak tak nak makan sajelah, dah order.
menyesal aku tak beli burger Zinger je kat KFC, lagi puas..... memang malang sungguh hari yang panjang ini..
No comments:
Post a Comment