Saturday, February 9, 2013

Manusia Melayu di Busan

Atas sebab aku yang tak pandai bersosial ni, bila nampak budak Melayu Malaysia dekat masjid pun aku tak pandai nak tegur. kononnya sebab bahasa Melayu aku dah pelat2 korea. malulah. eceh.

bro, lawa stokin? beli kat Petaling Street ek?

Ini adalah pertanyaan bodoh yang terbayang2 dekat otak aku bila memikirkan intro yang sesuai untuk memulakan perbualan.

Dipendekkan cerita, aku berjaya jugak tegur mamat2 Malaysia tu. itupun sebab hujan. aku terperangkap kat masjid. terasa awkward tahap gaban kalau tak ditegurnya mamat2 Malaysia yang sibuk bercerita pasal burger Ramly tersebut. aku ni pulak dah lama tak jumpa orang Melayu Malaysia. segan la beb.
manusia2 ni belajar di Busan University of Foreign Studies, 10 orang semuanya. harini aku lepak kat dorm depa, memang canggih, ada bilik masak.

aku membayangkan kalau dorm aku ada bilik masak tu, siakap 6 rasa, spaghetti masak kangkung belacan, sandwich bacang, kari ubi, semua boleyhh.

Satu perangkap di sini ialah orang luar tak dibenarkan masuk. dah name pun orang luar, memang kena duk luaq lah hang.

Atas sebab keghairahan aku nak menengok bilik masak diorang, kehadiranku dikantoikan oleh cctv dalam bilik masak tersebut. En security segera menjalankan tugas dan aku terpaksa disuruh keluar dari tempat itu.
namun aku berjaya melahap sandwich telur bawang sebelum dihalau keluar. rasa telur dadar campur bawang itu membuatkan aku teringat nostalgia manis di Malaysia. pergh. dramatik sangat.

Lain kali aku akan cuba menyelinap masuk lagi. Tak sempat aku nak bergambar dengan manusia2 Melayu Korea yang terbaek ni. gambar ini gambar terakhir sebelum security menangkap aku dari belakang dan mengajak aku bertinju.

Dialog asal: "Ini siapa? Kawan? Tak boleh, Orang luar tak boleh masuk. Orang Malaysia atau orang Korea? Lain kali kalau datang, saya telefon policeman"

Gua rasa nak marah awal2. Tapi bila dia sendiri konfius sama ada aku ni orang Malaysia atau orang Korea, aku pun tak jadi marah.

8 comments:

Ana AuNi said...

Atokk!!
pak guard pun sampai konfius atok org malaysia ke korea..dahsyatt!! Hahaha...
Canggih nye hostel busan....mesti yuran mahal uh..huhu..

MuBaroque said...

Hostel diorang kalau nak banding dengan Malaysia, memang sangatlah jauh beza. Ada bilik air ada aircond ada internet cable. Tapi yuran sedikit mahal dan terlalu banyak undang2 ketat.

syera arshad said...

Pisau ats meja tu mcm nak bg amaran plak kan....haha

MuBaroque said...

Pisau besar tu.. buat potong daun bawang je sebenarnya. ahahaha..

syera arshad said...

haha...punya la besar pisau tu, tp wat potong daun bawang jek? kecewa pisau tu! hahaha

MuBaroque said...

pisau belum naik pangkat.

Anis Mayonis said...

salam kenal dik,(adik ke apa aku tak tau la)
terus kepada soklan,pehtu U ko takda org melayu lain kah..ko sorang je ye?(sori baru jumpa blog ni x baca abes lagi..) hihu,,,:)

MuBaroque said...

ikutlah, adik ke abang pun boleh.
Memang takda. Saje promote Melayu Korea terakhir padahal berlambak lagi budak Melayu kat Korea. haha.