Wednesday, July 18, 2012

Bab Baru

Melepak kat atas Bukit Tinjau ni, nyaman je. Angin meniup sempoi-sempoi je bahasanye.

Bila kat atas bukit, tengok langit, tengok KL, tenang, otak kosong. Pastu otak ni mulalah me'rewind' semula memori-memori lama. Haih, dah tua rupanya aku ni. Aku baru je habis degree, atau dalam bahasa terhormat, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu. Aku dah berjaya menempuh 3 tahun pengajian di Universiti Malaya ni. Macam-macam dugaan, cerita, naik turun roda.

Bila dikenang balik, best gilak waktu tu. Benda2 gila yang aku buat tapi orang tau, macam pergi carik hantu kat rumah VC, masuk dewan Semarak APM pukul 3 pagi, study(study pun kerja gilak jugak). Macam-macam peristiwa dan rutin-rutin yang kadangkala terasa bosan untuk dilakukan terutamanya pergi kelas pukul 9 pagi dan menjawab soalan orang "pengajian melayu? jadik sasterawan ek?".Aku jugak perasan bahawa aku tak pernah letak information pasal diri kat Facebook termasuklah tempat aku study. Tengok orang lain tu, dari sekolah rendah sampai universiti dia senaraikan. Takpe lah, bangga.

Rasa sekejap je masa berlalu, mungkin sebab aku buat terlalu banyak perkara dalam 3 tahun. Hiperaktif agaknye, minum tongkat ali.


Rugilah bagi mereka yang masuk Universiti tapi tak luangkan masa sebaiknya. Sebab aku fikirkan waktu degree ni lah peluang terakhir untuk aku enjoy dan berhibur2 dengan kawan2 sebaya sebelum masuk ke peringkat yang memerlukan kita jadi lebih serius.

Alhamdulillah, pertama kali dalam hidup dapat biasiswa. Dapat la jugok den poei sambung belajar obersea. Teringat dulu waktu STPM, bukan main berangan lagi nak sambung belajar kat Oxford. Cheh, last2 sekarang aku dah beralih arah dan tak minat nak pi Eropah. Pergi Korea la aku..

 p/s: Kesian kat bebudak yang minat sangat nak pergi Korea. Pastu asyik suruh aku kirim orang Korea bawak balik Malaysia. Kalau orang tu boleh letak dalam kotak, aku dah letak dah.

2 comments:

Nurain said...

Disember 21 tahun 2011 adalah pos terakhir. Selamat kembali ke alam blogging. :)

MuBaroque said...

Selamat membaca kembali.. :)