Wednesday, December 21, 2011

“It is strange to be known so universally and yet to be so lonely.” - Albert Einstein

Penatnya bercakap dengan botol sos, cermin, kotak biskut.. Sebab mereka tak mendengar. Tapi sekurang2nya mereka selalu ada dengan aku. Selalu ada untuk aku.

Walaupun aku kenal ramai orang, dan ramai orang kenal aku, tapi aku masih rasa bersendirian. Rasa kelakar bila ada rakan2 facebook post status yang berkenaan "kawan bersedih susah dicari". Diharapkan anda tanya soalan tu pada diri sendiri semula, pernahkan anda ada untuk kawan anda apabila dia bersedih dan kesunyian.

dush.

Makwe? Bila takde makwe, korang suka labelkan aku sama ada aku gay atau playboy. Memang dari aku sekolah lagi gelaran ni dah lama lekat dekat aku.Dan aku tak pelik dan hairan. Kalau buat survey antara 10 perempuan yang mengenali aku, 8 orang akan kata aku playboy, dan lagi 2 mengatakan tidak.

Oleh itu, yang mana satu harus dipercayai, yang majoriti atau minoriti?

Jika anda seorang yang bersifat kemajoritian(gemarkan kuantiti), anda akan lihat saya sebagai seorang playboy.

Tetapi jika anda gemarkan kualiti, anda mungkin akan selidik mengapa 2 orang ini berkata sedemikian, benar tak?

......
Kerana 2 orang ini, ialah orang yang dah lama kenal aku, dan 8 orang ini baru mengenali aku.

2 comments:

Unknown said...

please dont be sad!
i'm always beside u atok~ wink wink ;)

put said...

It does always happens