Aku sedar2 je, aku dah terbaring dekat tepi dewan Semarak. Beg pon ade kat bahu lagi. Jaket belum bukak. Aku tengok keliling, semua sibuk dengan kerja masing2.. Aku pun gagahkan diri untuk bangun.. Aku rasa aku terjatuh pitam, tapi mungkin orang ingat aku tidur.. Pasal tak ada siapa ambil tahu..
Tak apa, ada kerja yang perlu diselesaikan..
Hampir satu minggu aku tak cukup rehat dan tidur, dan penyakit2 serang aku dari pelbagai sudut.. Ambik kesempatan betul penyakit ni.. tak kisah, aku akan teruskan jugak perjuangan aku, walaupun aku bersendirian..
3 hari jugak aku datang akademi, tapi tak pernah masuk kelas.. Hanya berlatih untuk persembahan teater tu.. Aku ketinggalan banyak sangat perkara.. pelajaran, masa untuk keluarga, masa untuk dia.. Tapi aku dah tak dapat mengubah masa.. Aku sudah pilih jalan ini..
Memanglah situasi ini sangat down.. orang lain hingga menangis.. tapi aku hanya mampu meminta supaya jangan merosakkan semua rancangan.. kerana kita bekerja berkumpulan.. Seorang je yang tersilap, semua akan dipengaruhi.. Maka ini tugas aku untuk memastikan semua ahli dalam keadaan yang baik... meskipun diri aku sendiri pun tidak tenang..
Syabas kepada kumpulan saya, iaitu kumpulan B yang mempersembahkan Pertarungan Jentayu dan Garuda yang cukup baik bagi saya.. Semua ahli memberikan kerjasama yang baik, meskipun kurang produktif.. T-T
Kumpulan A, tahniah dan terima kasih kerana membantu kumpulan kami juak..
hmm.. namun, ada kesan sampingan dari subjek aku ni..
Aku sedang mengalami masalah kewangan yang sangat teruk.. Duit mencurah2 keluar seperti air.. Duit yang ada dalam dompet aku pun, bukanlah duit aku, tapi duit persatuan, duit kumpulan.. Malah aku dah banyak terpakai duit tu.. Aku sedang mencari jalan untuk menggantikan duit tersebut.. Nak keluar duit makan pun fikir dua kali.. beli topup fikir 34 kali.. haih.. Yuran pengajian semester ni pun aku belum dapat nak jelaskan..
Semester ni aku tak dapat bekerja, atas faktor masa. Aku sengaja mem"pack"kan jadual aku dengan sangat2 banyak perkara..supaya semasa di tahun 3, aku dapat luangkan lebih masa untuk pelajaran dan diri sendiri.. bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.. Terima kasih kepada mereka yang memahami kesibukan aku, rakan2 aku di luar kampus UM.. aku dah berbulan2 tak nampak batang hidung korang.. Open house korang aku tak pernah pergi.. Korang ajak lepak tapi aku tak pergi.. Tapi aku tahu, korang faham keadaan aku, sebab korang sendiri mintak aku sibukkan diri demi masa depan aku..
Kepada family aku dekat rumah, umi abah, abg wan, akak, cik tam cik teh, wait for me okeh..? Umi n abah jaga kesihatan ya.. Walaupun rumah tak jauh, tapi susah nak jumpa korang semua.. kepada Ith, minta maaf sebab tak dapat luangkan banyak masa untuk kamu.. saye dah cuba yang terbaik, tapi kalau masih tak cukup, saya mintak maaf..
Berakhirnya persembahan teater petang tadi, maka satu subjek aku untuk semester ketiga ini sudah berakhir, namun ada 6 lagi subjek yang sedang menanti aku.. Aku tak perlu list downkan apa kerja2 dan dateline aku untuk hari2 mendatang, sebab penuh sangat.. Mungkin lebih teruk dari apa yang aku baru sahaja lepasi hari ini.. Dengan keadaan diri aku yang sudah jadi sebegini, aku tak boleh membiarkan aku rebah sekali lagi..
Orang yang jatuh rebah, hanya mampu memilih satu daripada dua pilihan, iaitu sama ada untuk kekal rebah, atau bangkit semula..
Ada orang yang bangkit, kerana dibantu..
tapi aku, perlu bangkit dengan dua kaki aku sendiri.. Semoga aku diberi kekuatan itu.. Amin..
2 comments:
atok muba~
just be patient... ok??
maybe Allah bg kte hujan(ujian) skrg.. supaya nanti diberikan pelangi dan hari cerah yg baek! :)
take care atok!!
chaiyok .
Segala yang terjadi sekarang ada hikmah di hari yang mendatang .
sabar ye ~
Post a Comment