Melayu boleh, Cina boleh, India boleh, Punjabi boleh, Siam boleh, Bangla boleh, Israel boleh, blah.
Ahaha, tiba2 nak kutuk Israel, biarlah. hobi aku, hangpa ada masalah ka? :D
Aku nak tengok, aku boleh tak menulis sesuatu tanpa thesis statement, yakni tanpe topik asas untuk dibincangkan.
Paan cakap, there is no way u can learn how to focus(in study), but there's a way to learn the subject that u're not interested in. Maknenye....(rujuk kamus jap..)....... oh, aku tak boleh fokus perkara yang memang aku tak minat seperti mana perkara yang aku minat. Aku boleh spend satu jam dengan hanye pegang gitar effortlessly, tapi bercakap dalam telefon selama 15 minit pun dah buat aku rase nak terjun swimming pool. Panas kot?
Lelaki memang macam tu ke? atau aku je yang macam tu? (OMG, aku ni....ape?) Tapi, kadang2 tu ada la jugak nampak lelaki kuat bergayut. Gayut kat pondok telefon.. (10 tahun dulu) Suka telefon member, telefon mak, telefon pak ujang, telefon awek dia, kadang2 awek orang pon dia suka call jugak. Muda2 dan gatal macam tu, nanti dah tua sikit, kang nanti dengan bini orang lain pon dia bergayut.. Ahaha.. Bila dah kantoi, nanti si lelaki gatal tu kene belasah, si bini kene cerai talak 18, pastu kebetulan ada mamat ni record situasi pergaduhan tu dengan handphone, lepas tu publish kat Facebook. Wah, berkesinambungan. Nanti aku like la link tu.
Sekarang aku tengok makin ramai pulak orang buat aksi2 bodoh depan webcam, lepas tu publish kat Youtube. Orang kita ni pulan ambik link tu, paste dekat Facebook. Then, the whole komuniti FB tu pun menonton la gelagat bodoh orang itu. Kalau gelagat pandai takpe jugak. Buat magic ke, break dance ke, menyanyi ke(sedap tak sedap belakang cerita). Aku paling tak tahan orang yang buat dubbing. Pasang lagu, pastu dubbing lagu tu, sambil buat aksi or mimik muka yang paling hodoh, bodoh, sendoh, tehboh, dll. Itu sangatlah publisiti murahan. Nak cepat femes ye kak?
ok, masalah sekarang ni.
Aku sebenarnye nak menulis pasal ape?
No comments:
Post a Comment