Saturday, August 24, 2013

Jangan main di tandas


Selalu sangat, bila kita masuk dalam toilet, kita akan disambut dengan bau-bauan yang susah kita nak cari dalam perfume. Sebab memang bau tu semulajadi.

Waktu aku sekolah menengah, aku akan sampai ke sekolah dalam 6.15pagi. Aku suka gerak awal sebab dah pukul 7 nanti trafik jam. So, rutin harian aku bila dah sampai sekolah adalah, park motor. Sumbat jaket dalam helmet, simpan helmet dalam box, jalan…..dan singgah ke tandas untuk tengok cermin aku(ehemm..).. 

Ada waktunya, aku belum letak kaki dalam toilet pun, aku punya alarm deria bau aku akan alert..
“jaga2, dalam toilet ni ada jamban yang penoh taik orang tak flush”

So, automatically sistem pernafasan aku bertukar daripada penggunaan hidung kepada pengunaan mulut. Nasib baik la mulut tak ada deria bau. Cuba kau orang try ni. Sebut “HUPPPPPP”.. tapi dengan cara tarik nafas, angin masuk ke mulut. Banyak tak angin yang masuk? Banyak kan? Kalau angin tu penuh dengan gas taik, best tak? Nasib baik la lubang hidung kita kecik je..

 Aku tak faham la… kenapa diorang ni tak boleh nak tarik flush? Susah sangat ke  nak tarik? Kenapa nak harapkan orang lain yang tarik flush tu?

Dari aku sekolah, sampai aku masuk university. Sama je.

Aku masuk toilet kolej aku, tengok ada budak ni kencing tak tutup pintu. Lepas tu keluar dari jamban, basuh tangan, then die blah. Dia biar je ape bende die dah pancut dalam tu mcm tu aje. What the fish. Kalau berak tu, tau pulak tutup pintu. Bodoh.

Dah ghupe hanjeng je aku tengok.


Friday, February 15, 2013

Meteor Terhempas di Russia?

Meteor?

Ini pun berdasarkan maklumat daripada youtube yang aku tertengok di Facebook tadi.

ChelyaBinks, Russia, 15 Februari. Dikhabarkan hampir 500 orang cedera. Tetapi yang aku tak dapat pastikan adakah ia terhempas atau sekadar melalui ruang lagit bumi. Tapi berdasarkan logik aku, meteor memang mampu masuk kedalam ruang atmosfera kita dan membakar udara. Boleh nampak kesan terbakar dek ekor si meteor. tapi kesahihannya masih belum pasti. Kecederaan mungkin disebabkan impak geseran kerana dikhabarkan banyak cermin tingkap pecah.

Harap adalah keluar dalam berita mana-mana.


Harap-harap tak ada yang terkorban.

*selepas dah habis2 kaji, sebenarnya meteor tersebut memang sudah dijangka akan masuk ke atmosfera bumi. Kecederaan hanyalah disebabkan oleh serpihan meteor yang pecah ketika bergeser dengan udara. Cuma kali ini meteor ini lebih dekat dan lebih jelas untuk dilihat oleh kita.

Thursday, February 14, 2013

Tahukah anda?

Tahukan anda?
Minuman yogurt menjadi semakin popular apabila penggemar susu mula risau untuk meminum susu yang dikhabarkan diperah daripada lembu jantan yang mengambil hormon estrogen. Valentino Rossi telah mengambil inisiatif ini untuk mempopularkan minuman yogurt dengan menggoncang dan menyembur air yogurt daripada botolnya ketika mengalungkan pingat juara.

Tahukah anda?
Valentino Rossi jaguh lumba motorsikal dan F1 tidak mampu menandingi kehebatan atlet lumba basikal kita dalam pertandingan makan nasik dagang tanpa acar. Ketiadaan acar menyebabkan  rentak suapan nasi ke mulut Valentino Rossi menjadi tidak konsisten.

Tahukah anda?
Dahulunya nasi dagang telah menjadi rebutan antara dua pedagang dari Kelantan dan Terengganu yang inginkan nasi mereka diletakkan  dengan kuah nasi dagang ikan haya. Namun disebabkan pedagang Kelantan tersebut mendapat bahagian kepala ikan, maka ketidakpuasan hati pedagang tersebut menyebabkan mereka berkelahi di atas kapal Tanggang yang bertindak sebagai pengadil perlawanan. Perlawanan tersebut tidak dapat dihentikan oleh pengadil kerana Tanggang disumpah menjadi batu sebelum dia sempat mengetuk loceng penamat perlawanan.

Tahukah anda?
Tanggang tidak mahu mengaku ibunya kerana masakan yabg diberikan ibunya tidak sepertimana yang dia pernah makan. Kesangsian itu menyebabkan dia yakin bahawa wanita tersebut bukan ibunya. Namun Tanggang hanyalah salah seorang mangsa kenaikan harga barang kerana masakan ibunya kurang gula dan cili merah kerana kedua barang-barang keperluan ini mengalami kenaikan harga sebanyak 27% selepas sebulan tamat pilihanraya umum.

Monday, February 11, 2013

Apakah Gangnam Style?

Selesai sudah Psy dengan tarian kudanya di Penang hari ini untuk sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional. Tadi aku baru sahaja tengok video PM aku jadi pengacara majlis. wow. Versatile betul. Daripada mengetuk gendang hingga ke pengacara majlis. tapi benda macam ni hanya berlaku 5 tahun sekali je.

Tergerak hati rasa nak menulis, baru-baru ini aku berbual dengan rakan Korea aku, Lucas namenye(name nak org putih ajee) yang datang dari Seoul. Dia ada menyebut tentang fenomena kedai kopi yang semakin bertambah di Korea Selatan. Jadi ingin juga aku berkongsi kepada orang lain berdasarkan penjelasan Lucas.



Apakah Gangnam Style?

Setibanya aku di Korea Selatan pada musim panas 2 tahun lepas, terbuka mataku dengan bilangan kedai-kedai kopi yang agak banyak di merata-rata tempat seperti Starbucks, TomTom Coffee, Angel-in-us, Tomato Coffee, dan banyak lagi kedai-kedai kopi berdarjat tinggi. Tetapi pada waktu itu aku tidak tahu mengapa dan terasa agak keliru kerana bagaimanakah kopi boleh menjadi satu budaya popular di sini. Rakan-rakan Koreaku pula sering mengajakku minum kopi dan menyebut pelbagai jenis nama kopi yang asing untuk aku. Aku dekat Malaysia hanya tahu kopi, kopi o, nescafe tarik. Paling special pun air Neslo.

Perkembangan ekonomi Korea Selatan yang sangat tinggi mewujudkan banyak kawasan-kawasan elit bagi penduduk Korea yang agak masyuk. Kawasan itu salah satunya ialah Gangnam (강남),  terletak di Seoul. Bolehlah diumpamakan seperti Mont Kiara atau Hartamas di Kuala Lumpur. Hal ini juga telah mewujudkan kelas masyarakat yang berbeza pendapatan, namun atas sebab faktor ingin kelihatan sama seperti masyarakat elit yang lain, maka wujudlah satu fenomena yang dipanggil Dwaenjangnyeo (된장녀) bermaksud perempuan pes soya. 

Dwaenjang ataupun pes soya ini merupakan bahan lazim yang digunakan orang Korea untuk memasak. Ala2 belacan untuk orang Melayu. Perkaitannya ialah wanita-wanita muda ini sanggup membelanjakan wang untuk kopi yang mahal di luar untuk kelihatan "cool", namun di rumah hanya mampu makanan yang murah seperti DwaenjangJiggae. hampir samalah dengan istilah "biar papa asal bergaya". Bukan sahaja kopi, termasuklah pakaian serta alat solek yang membuatkan mereka kelihatan sungguh bergaya. Aku sebagai Melayu yang selalunya pakai baju sekadar apa adanya, terasa sangat asing bila masuk ke dalam komuniti mereka.

Ini lah Dwaenjang
Lebih Kurang beginilah gayanya


Kembali kepada Gangnam Style tadi, Gangnam Style adalah lebih kepada merujuk kepada gaya hidup masyarakat elit di South Korea. Dan jangan lupa, kopi juga ada disebut di dalam lirik Gangnam Style tersebut, menunjukkan salah satu ciri kemewahan bagi orang Korea. Termasuklah anak-anak muda lelaki mahupun perempuan akan cuba kelihatan paling cantik, paling kacak, paling bergaya (dan mungkin anda dah dapat agak kenapa Korea merupakan negara yang pembedahan plastiknya antara paling tinggi di dunia). Pembedahan plastik memang diterima oleh masyarakat tempatan sebagai perkara yang biasa.

Tapi dalam keriuhan fenomena Gangnam Style ini, aku cuma tak dapat terima apabila Gangnam Style ini dikatakan "mari jadi Yahudi", lepas tu ada pula cerita kisah hitam berkenaan Gangnam, wallahualam, cuma nak menekankan fakta yang lebih rasional.

Aku tahu orang Melayu kita suka sangat benda-benda sensasi. Sebab itu surat2khabar pun suka letak tajuk sensasi di muka depan sebab orang Melayu suka benda macam ni.  Tapi andai kita nak menjadi bangsa yang lebih pandai, berfikirlah dengan akal budi anda. 






Jika ada yang mahu berkongsi artikel ringkas ini untuk orang lain, silakan.
http://lutut.blogspot.kr/2013/02/apakah-gangnam-style.html

ps/ Aku pergi Gangnam itu hari, takde la special sangat pun. Aku pergi kedai beli buah anggur, baring dekat kerusi taman sambil makan anggur satu-satu. Pergh, macam raja Greek.

Saturday, February 9, 2013

Manusia Melayu di Busan

Atas sebab aku yang tak pandai bersosial ni, bila nampak budak Melayu Malaysia dekat masjid pun aku tak pandai nak tegur. kononnya sebab bahasa Melayu aku dah pelat2 korea. malulah. eceh.

bro, lawa stokin? beli kat Petaling Street ek?

Ini adalah pertanyaan bodoh yang terbayang2 dekat otak aku bila memikirkan intro yang sesuai untuk memulakan perbualan.

Dipendekkan cerita, aku berjaya jugak tegur mamat2 Malaysia tu. itupun sebab hujan. aku terperangkap kat masjid. terasa awkward tahap gaban kalau tak ditegurnya mamat2 Malaysia yang sibuk bercerita pasal burger Ramly tersebut. aku ni pulak dah lama tak jumpa orang Melayu Malaysia. segan la beb.
manusia2 ni belajar di Busan University of Foreign Studies, 10 orang semuanya. harini aku lepak kat dorm depa, memang canggih, ada bilik masak.

aku membayangkan kalau dorm aku ada bilik masak tu, siakap 6 rasa, spaghetti masak kangkung belacan, sandwich bacang, kari ubi, semua boleyhh.

Satu perangkap di sini ialah orang luar tak dibenarkan masuk. dah name pun orang luar, memang kena duk luaq lah hang.

Atas sebab keghairahan aku nak menengok bilik masak diorang, kehadiranku dikantoikan oleh cctv dalam bilik masak tersebut. En security segera menjalankan tugas dan aku terpaksa disuruh keluar dari tempat itu.
namun aku berjaya melahap sandwich telur bawang sebelum dihalau keluar. rasa telur dadar campur bawang itu membuatkan aku teringat nostalgia manis di Malaysia. pergh. dramatik sangat.

Lain kali aku akan cuba menyelinap masuk lagi. Tak sempat aku nak bergambar dengan manusia2 Melayu Korea yang terbaek ni. gambar ini gambar terakhir sebelum security menangkap aku dari belakang dan mengajak aku bertinju.

Dialog asal: "Ini siapa? Kawan? Tak boleh, Orang luar tak boleh masuk. Orang Malaysia atau orang Korea? Lain kali kalau datang, saya telefon policeman"

Gua rasa nak marah awal2. Tapi bila dia sendiri konfius sama ada aku ni orang Malaysia atau orang Korea, aku pun tak jadi marah.

Friday, February 8, 2013

Nak kata kacuk,tak jugak


Harini saje dah dua orang Korea nak bercakap dengan aku. Tanya apa pun aku tak faham. Mungkin listening aku sangat teruk. Atau diorang guna laras bahasa atau Dialek.
atau aku memang bodoh.  Jujur kan senang sikit. haih.
Elektrik kat asrama blackout. katenye sampai pukul 6 petang. daripada aku mati beku dalam bilik, baik aku keluar jalan2. Dah lame jugak aku tak jalan2.
Seperti biasa, aku tak merancang tapi terus bertindak. no plan just act. akhirnya aku dah terkandas dekat University Kebangsaan Busan bermain game arked.
ape kejadahnya.
lepas tu kat sini pun ada kedai jual rambut. Pengkhususan kepada rambuy wanita yang sudah berkahwin atau dalam bahasa Melayu Brunei ialah rambut bini bini.


Aku Melayu Korea bahagian 2


Dengan pengaruh Kpop yang semakin menjadi-jadi kat Malaysia, sekarang baru aku tersedar tentang fenomena yang mengubah cara pandang orang Melayu terhadap Korea.
Waktu di UM dulu adalah sekumpulan manusia Korea ni datang buat lawatan.
Lantaklah kau nak datang mana2 pun. Duit kau.
Amboi, budak2 Melayu kat sini bukan main terkinja-kinja lagi bila nampak budak Korea tu. Ibarat nampak unicorn. Ganjil sangat.
Aku ni yang datang dari Perancis ni korang takde pulak nak terkinja2 bila nampak aku. Hampeh punya Melayu.
Sekarang gua kat Korea, orang Korea pulak terkinja2 tengok aku.
Pasal gua Korean Melayu .
Damn.!. jinjjja? Oppa!!
Oppah nenek hang.