Hari ni ada satu keramaian. Memang sangat ramai. Kakak aku dijemput hadir dalam keramaian tu dan aku dan mak aku turut serta lah. Ya, aku memang gila glamor.
Keramaian tu kat Jusco Cheras Selatan a.k.a. Jusco Member's Day, dekat Balakong. Bila sampai2 je, wah, ramai gilar orang. Tempat parking pun penuh, sampai orang parking kat tepi lebuhraya. Nasib baik la kakak aku parking kat depan rumah Sir Rasfan yang tak jauh daripada tempat itu.
Bila dah masuk dalam kompleks tu, mak aku suruh amik kenderaan membawa barang iaitu troli. Bab2 memandu troli, memang aku yang expert. So aku bawalah masuk dalam kompleks itu. Ish3, tak pernah aku tengok Jusco sesardin ini. Punya la sesak. Dah macam jalan raya kat Mumbai, trafik jam ntahhape2 termasuk memandu2 yang tak bertauliah membawa troli tak ingat dunia.
2 kali bumper aku dilanggar dek troli pemandu lain yang tidak berperikepunggungan. Sabarlah, aku pun nak shopping jugak. Ada jugak pemandu troli yang bertindak memberhentikan troli di tengah laluan orang ramai untuk mencuba air Yogurt terbaru keluaran Mak Ujang. Tak ada otak.
Lepas tu ada pulak yang bawak barang melebihi muatan, sampai kotak tisu yang menggunung dalam troli dia melangar muka jambu aku. Cilanat. Ada pula yang sesuka suki parking troli kat mane2 ntah yang membuatkan troli lain tak dapat nak lalu. Kalau troli ni ringan, dah lame aku campak kat atas almari. Tak pun campak kat lutut pemandu tu.
Ada lagi, yang bercakap telefon semasa memandu troli. Yang ni lagila tak makan saman. Lebih kurangla macam bawak troli sambil tutup mate. Sume bende kat depan dia, tak dipedulikan langsung. Nak langgar je kejenye. Kitorang pulakla yang kene mengelak dari terlanggar dia. Dah la buat muka seposen. Patut pun murah.
2 orang pompuan dari Iran, selamba memblock laluan aku dengan punggung diorang. Dah la "Excuse me" pon diorang tak faham, apekan lagi kalau aku kate "tolong alih bontot tu boleh tak?"
p/s: Sila dapatkan lesen memandu T anda.
Thursday, April 23, 2009
Sunday, April 19, 2009
Minda Falsafah Kontemporari
Ahad yang sangat senyap. Senyap di rumah, mahupun di komputer. Maksud aku, tak ramai orang online. Arfa je yang online. Member2 lain, takdak.
Sejak seminggu ni, aku jadi makin kerap menulis blog, aku ni dah tak ade kerja lain ke? takde life? Si Tamhar dengan jaga studio dia, Diraf dengan kelas dia, Haqifa dengan kerja dia, Arfa dengan kerja mengait beanies dia, blablabla. Nampaknya orang lain ade buat perkare yang lebih berfaedah dari aku.
Kadang2 aku rasa aku patut kembali kepada aktiviti aku yang dah lama tertangguh, iaitu belajar bahasa Mandarin. Memang aku akui Mandarin susah gilak nak belajar lagi2 nak hafal huruf dia. Sapa2 yang baca ni, dan dia rasa diri dia bagus sangat pasal dia dah pandai Mandarin, please STFU. Tak payah nak bangga, aku baru belajar. By book pulak tu.
Tamhar, sepanjang aku puasa online ni, tolonglah jangan nak buruk/busukkan nama aku dekat Aryt, Haqifa dan lain2. Cuba cari solution yang halal untuk membuatkan diri kau lebih dipandang tinggi. OK. Adoilah. Apo kono ekau ni jang.
Dah la. Petang suda. Mau mandi la. Nak carik balik buku Mandarin aku tuh. Kat mana entah buku tu aku taruk. Entah2 cencorot dah curik, pastu dia curi2 belajar. Malu aku dengan cencorot tu.
p/s: kalu korang rase aku tak perlu puasa online, leave a comment. hehe.

Thursday, April 16, 2009
Aku mau jadik Nightcrawler dalam X men. Boleh jump pergi Song Choon.
Aku dah tak rasa aku ni normal. Tidor pon dah tak tentu, terjaga setiap satu jam, aku boleh makan burger special 2 bijik dalam 3 minit tanpa air, kalahkan Tamhar makan burger double special cheese, dan menulis blog atas loteng di Kuala Lumpur pada jam 2 petang di kala matahari menusuk bahangnya di atas kepala rakyat Malaysia.
Sel otak aku banyak yang kena rebus.
Aku dulu sihat dari demam dalam sehari, aku sangkakan aku ni Wolverine, tapi bulu dada pon tak selebat misai kambing, maka aku rasa aku bukan Wolverine.
Tiba2 aku rasa aku ni Cyclops pulak, sebab aku pakai spek dan mata aku merah dan nightvision hebat dalam gelap. Tapi mata aku terlalu sweet kerna aku sepet. Laser susah nak keluar.
Sesekali tu aku rasakan aku ni Gambit, pasal aku terer baling kad LRT dalam kelas aku, melekat kat siling ngan papan kenyataan. Tapi aku ni cong kad daun terup pon tak pas, apekan lagi selalu kalah maen kad UNO, maka aku terkesima sorang2.
Pernah sekali aku rasa aku sesuai jadi Storm, bukan pasal aku hitam, tapi pasal suara aku menjadi kegilaan hujan. Nyanyi je, hujan pon tepuk tangan (guruh), pastu aku kena ludah.
Profesor Xavier? kenal? yang kepala botak duduk atas kerusi roda. Aku ni dulu sangkakan aku ada kuasa psikik, pasal setiap ramalan aku mesti jadik kenyataan. Contohnya bila aku makan nasik lemak kantin sekolah aku, aku ramalkan aku akan berlari ke jamban dalam sejam selepas itu. Ramalan aku tepat sekali.
Last2 aku rasa aku lebih sesuai jadik Chiliman, pasal life's sucks without chili sauce.

Saturday, April 4, 2009
Mandi bunga lebih baik daripada mandi kerbau
Pukul berapa sekarang? - Pukul 4.45 pagi.
Orang lain tgh syok terbungkang kat katil peluk bantal busuk sedangkan aku pulak tercongok kat depan komputer. Ah, lupakan, pasal aku dah terbungkang petang tadi.
Aku baru balik dari Sarawak, pukul 11.00 pm lebih tadi baru sampai KL.
Aku pergi Sarawak pasal nak temankan kakak aku sambil cuti-cuti Malaysia. Banyak untuk dilawati, banyak lagi untuk diterokai. (promote sikit). Ah, aku dah berkurung kat rumah dekat 4 bulan, tak buat apa2 yang seronok. Aku dah cari kerja, tapi sekarang banyak diskriminasi untuk lelaki dalam mencari kerja. Aku pergi MPH Jusco Maluri, ada kerja kosong, tapi dia takmau lelaki. Aduiyai. Korang rugi tak hire aku pasal aku ni bestworker since 2004. Aku kerja rajin, tak banyak cakap, jujur, mesra alam, cuma aku tak suka kalau korang cuba mengamalkan pengambilan lemak berlebihan. Kalau korang buat jugak, kita tengok siapa pijak kepala siapa.
Ah, berbalik kepada di Sarawak, aku pergi sana 2 hari je. Sehelai sepinggang pulak tu. ade RM39.90 je dalam wallet aku.(aku seorang yang jujur) Maka aku pun tak banyak la beli barang, ade la gelang kayu dengan baju T-Shirt Sarawak je sekadar souvenir. Sorry, kekawan, lain kali je la. Tapi aku seronot kat sana. sebab ape?
Awek Sarawak.
Aduimak, lawa2 la pulak awek & amoi kat sana..(aku lelaki normal). Tak macam kat KL, aku tak pasti ada ke tak sebab awek kat KL banyak muka celup tepung cap Maybelline. Aku tak dapat nak nilai. Kat Sarawak ni diorang mana sangat pakai mekap. Diorang memang natural je beautynye. Awek kerja kat KFC pun sikit punya lawa. Lawa yang menarik & menggangu perhatian. Tak boleh fokus sampai sampai ayam pun tersuap kat hidung. Dah la Muba, asik berangan je. Bile nak ade awek??
Kat Sarawak, aku tergerak hati la pulak nak cari kerja kosong kat suratkhabar Berita Hairan. Belek punye belek, ade la pulak kerja kosong sambilan kat Santai Cafe di Cheras. Dekat la jugak dengan rumah aku. Nombor telefon ada dipaparkan. huh.. hmm.. er...
Kalau korang nak tahu, aku ade sejenis fobia. Phonephobia. Korang tafsirlah sendiri ape istilah tu. Aku dah berdebar jantung aku nak tekan button "call". Padahal nak tanya kerja je. Begitulah aku kalau nak menelefon strangers. Aku memang takut/susah/seriau atas sebab yang aku pun tak pasti. Aku dengan jujur jujur bagitau korang pasal takut ade member yang tersinggung bila call aku pakai no. lain dan aku tak angkat. Aku lebih suka SMS atau face to face terus. Tapi memandangkan aku kat Sarawak, aku tak boleh pegi cafe tu, kalau nak tunggu aku balik dari Sarawak untuk pergi terus kat cafe tu, takut vacancy dah habis. Nak taknak aku beranikan la jugak call.
*caller ringtone lagu misha omar
Tak diangkat. Aku lega + tak puas hati aku cuba lagi untuk call. Call punye call sampai aku dah hafal dah lagu Misha Omar tu. Tajuk ape entah tak sure. "Cinta Muthu dan Letchumi" kot kalau tak silap. Sejam lepas tu, dia call aku balik, then aku teranglah apa yang aku nak.
Aku: salam, saya ade bace paper hari ni pasal kerje kosong kat Santai Cafe ni.
Dia: Ya, ya.
Aku: saya duduk kat SS, tak jauh la kan? Saya nak mintak kerja ni..
Dia: Owh, boleh-boleh.
Aku: Tapi saya nak tanya, saya ni nak kerja tapi tak lama. Dalam dua bulan je kak.
Dia: Hahahah.. hkk.. hahahaha.., hmm (gelak dengan penuh sinis).. nanti awak datang la kat kedai ni untuk interview.
Aku: ..... ok kak, terima kasih, salam.
Salahkah aku berlaku jujur?
adakah anda merasakan Muba akan mendapat kerja yang dimintanya? Jika ya, sms YA (jarak) dan hantarkan ke 32728/DAPAT,
jika tidak, sms TIDAK (jarak) dan hantarkan ke 8255532728/TAKDAPAT
P/S: wish me luck esok. Aku dah bosan tahap cipan dah duduk kat rumah ni.

Wednesday, April 1, 2009
Aku Blogger Syok Sendiri

Aku dah lama blogging sejak aku sekolah lagi. Aku tulis blog dengan penuh dedikasi dan penuh kualiti untuk bagi orang yang membaca pun tak bosan.
Ada ke orang suruh aku tulis best-best?
tak ade.
tapi aku tulis jugak asalkan aku happy dengan hasil penulisan aku, dan sekurang2nya boleh menggembirakan sebilangan pembcaca yang lain.
Masalah aku, aku kurang pembaca dan follower. So apa yang aku tulis tak ubah seperti sebuah blog private. Sendiri tulis, sendiri baca.
Sekarang, aku nak bagi peluang kat blogger dan blogreader yang lain untuk baca penulisan aku jugak. Sunyi sebenarnye hidup sorang2 ni.
Maka, kalau korang free mau baca blog gua, bacalah. Blog ni mesra pengguna.. ahaha..
p/s: kalau nak link atau follow blog ni lagila digalakkan. makasih. Majulah Bloggers untuk negara.!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)