Wednesday, June 24, 2009

Mubaroque Mode: Off

dah naik bosan aku bukak internet ni, asyik 1.0 mbps.

Erm, dalam beberape hari lagi, aku akan blah dari rumah, nak pegi kat Kerinchi sane, makan2 angin. Lama la jugak, aku pun laptop takde, maka agak jarang la jugak aku akan hapdet blog.

Lagipun, aku takmau la nak hapdet blog pasal life aku kat Kerinchi sana, macam la perlu cerita kat semua orang. Huhu.. Nak enjoy life aku sendiri kat sana. Tunggu aku berjaye dapat amoi, baru aku hapdet blog. OK?

Ape2 pon, doakan aku sukses seperti Najib.




MUBAROQUE


bertukar!!!!!
..................

..................

................

................

................

.............

..........

...........

..........

........

.....

..

.


MUBANERD

Monday, June 22, 2009

Tahi Hem Net

Internet sangat mentahi sejak kebelakangan ini. Namun tiada tindakan selanjutnya diambil. Kita pula asyik merungut2 tak sudah2. Kenapa kita masih merungut2?

Kerana kita berada di Malaysia.

Sepatutnya hak pengguna diutamakan, namun di Malaysia, hak pengeluar/pengusaha lebih diutamakan. Jikalau Perkara seperti ini berlaku di negara2 Eropah, saya pasti syarikat Internet tersebut sudah bankrap akibat kesan boikot pengguna. Pengguna di Eropah dan beberapa negara lain lebih berpengaruh, namun tidak pula pengguna di Malaysia.

Kita masih dalam peringkat negara membangun, bangunan dan mentaliti pun baru nak membangun. Kita masih meludah di merata2 tempat, masih tidak flush jamban selepas memberak, sistem demokrasi negara juga masih belum sempurna.

Selain Streamyx, sebenarnya kita mempunyai alternatif lain, seperti Celcom Broadband. Broadband nombor satu di Malaysia, tapi no ke dua puluh tiga ribu dua ratus di dunia. Sama juga tahinya.

Aku tak dapat contact dengan rakan2 di Yahoo Messenger, tak dapat check persiapan aku untuk ke universiti, tak dapat download lagu Adibah Noor, arghh, tahi.

Tak tau la macam mana kalau kat office.

Saturday, June 20, 2009

Buli ba lau kau


(klik gambar untuk besarkan)

Aku suka main quiz bila bukak Facebook, aku rase orang lain pun buat bende yang sama.

Aku ni agak terpengaruh dengan Sabah, semua Flash Kuning punya pasal. Timbak!!

Monday, June 15, 2009

Di Kala Aku makan burger, aku dapat tahu..

Hari ni Selasa, lagi 3 hari dah Jumaat. Wah.. takot aku..

Bukan aku takut pasal ada semayang Jumaat,giler ke, ko ingat aku saitan??
, tapi pasal Jumaat ni result UPU aku keluar. Haih. Kegementaran menusuk rawan lututku.

Untuk pengetahuan kalian, dah 3 kali aku kena reject masuk universiti. Bukan sekali. Pasal aku bodh sungguh mase dulu. Sekarang dah pandai skit. Berkat minum Anmum Essential. Thank you uncle Aznil.

Ini la list ape yang aku mintak itu hari..


Pilihan 1: MA17 PENGAJIAN MELAYU (UM)
Pilihan 2: MA00 SASTERA (UM)
Pilihan 3: KA15 SAINS SOSIAL (HUBUNGAN ANTARABANGSA) (UKM)
Pilihan 4: KA17 SASTERA (PERSURATAN MELAYU) (UKM)
Pilihan 5: KB06 SASTERA (PENGAJIAN BAHASA MELAYU) (UKM)
Pilihan 6: PB03 BACELOR SASTERA (BAHASA & LINGUISTIK MELAYU) (UPM)

Kenapa Universiti Malaya first choice?

pasal aku gila..

p/s: doakan aku dapat masuk universiti.. huhu.. dah sangap dah ni nak carik awek sambung belajar..

Saturday, June 6, 2009

Tak Baik Mengutuk


Aku suka bace blog, blog siapa2lah tak kira dia tu ADUN Titi Serong ke, budak Kolej Mahsa ke penternak lintah ke mahupun bangla sekuriti Pavilion. Asalkan penulisan diorang menarik bagi aku, aku layan.

Hari Sabtu biasanya hari untuk bergumbira bagi ramai orang, lagi2 yang bekerja ofis. Tambahan lagi sekarang tengah musim cuti sekolah, aku pun tak tau kat Bukit Bintang tu berape ramai ABU(anak bawah umur) berkeliaran sambil terkinja2 di khalayak ramai tanpa pengawasan mak ayah yang sentiasa sibuk mencari wang hingga mengabaikan tanggungjawab mendidik anak mereka lalu menyebabkan anak mereka menjadi hilang panduan dan akhirnya mengikut jejak rakan2 mereka yang mungkin tak berapa elok dipandang orang. (semput aku menaip)

Tapi aku tetap di sini, di bilik aku, ditemani Rosa si kayu bertali. Maka aku menghadap komputer aku sambil memeluk Rosa dan membaca blog orang lain.

Blog yang menjadi pilihan aku adalah penulisan yang tersusun, bermakna, dan sekurang2nya boleh membuatkan aku mengangguk atau tersenyum. Aku tak suka baca blog yang penuh dengan luahan hati yang aku sendiri pon tak faham dia marah pasal apa. Biasanya gaduh dengan pacarnya mungkin. Haih.

Lagi blog yang penuh gambar yang redundant atau dalam erti kata lain penuh sangat dengan gambar. Kalau gambar tu pelbagai ok la lagi, ni gambar dia dengan mak bapak dia, pastu dengan balak dia, pastu dengan pakcik dia, pastu dengan kucing dia, pastu dengan mak su timah dia, pastu dengan patung Barney dia, pastu, denga blablabla.. aku harap korang mengerti.

-------------------------------------------------------------------------------
Lagi satu orang yang kurang menulis, tapi suka taruk tag dari orang lain. Aku faham, bukan semua orang ada idea nak menulis dan tag tu adalah salah satu cara untuk kite menghapdet blog. Tapi kalau tiap2 kali hapdet, tag, hapdet, tag. Pastu tag pulak yang entah hape2;-

1) Siapakah orang terakhir yang anda telefon?
DOMINOS PIZZA

2) Apakah barang yang berada dalam kocek anda?
TELOR

3) Bilakah kali terahir anda senyum?
SEBELUM DAPAT TAG NI. KALAU AKU TAK BUAT TAG NI KANG MEMBER AKU TU KECIK HATI LA. WALAUPUN AKU TAK SUKA BUAT TAG TAPI NAK JAGA HATI MEMBER PUNYA PASAL MAKA AKU TULIS LA JUGAK.


----------------------------------------------------------------------------------
Ada lagi, bila dia malas nak cerita apa yang berlaku semasa perbualan chatting dia, hah, mulala dia copy paste semua ape yang die cerita dalam YM tuh.

hey, aku barutahu nak ucap besday awal2. huhu.. thanks to matt :))

Mubaroque: amacam melake
rahmat afham: aku tak gie
rahmat afham: ade kat umah
rahmat afham: lalala
rahmat afham: nak kene check barang tok sok
Mubaroque: mcm la byk sgt
rahmat afham: cable rosak oo satu
Mubaroque: badan aku da macam iceman
Mubaroque: boru habis
Mubaroque: biru
rahmat afham: hahah
rahmat afham: sok dtg umah aku mcm ari tu
Mubaroque: pukul?
rahmat afham: tp jgn laa dtg pagi
Mubaroque: ok
rahmat afham: dlm kul 1 mcm tu laa
Mubaroque: bah
Mubaroque: baje theme ape
rahmat afham: ikot suke ko laa
rahmat afham: aku tak pakai datacrest sok
Mubaroque: adeih
Mubaroque: ko pakai baju per
rahmat afham: ikot mood akusok laa
Mubaroque: kasut or selipar?
rahmat afham: kasut
rahmat afham is using a different version of Yahoo! Messenger. Certain features may be unavailable.

rahmat afham: boring laa plak cuk umah
rahmat afham: duk*
Mubaroque: da tu
Mubaroque: aku da abis cat
Mubaroque: penat abes
Mubaroque: nak tido rasenyer
Mubaroque: haih
Mubaroque: hari sabtu hari bergumbira
rahmat afham: moyet atas bukit sume aku dah berkenalan
Mubaroque: abg
Mubaroque: kalau besday org tu nak dtg
Mubaroque: kite kate happy becoming besday ke upcoming?
rahmat afham: up


aku meramalkan 20% orang je yang nak baca perbualan tu.

Thursday, June 4, 2009

Welcome to the Subang Parade


Actually aku tak pernah pergi pun Subang Parade. Saje ikut ayat lagu My Chemical Romance.

Wah, dah cuti sekolah! Hooray! Hooray! Hooray untuk budak sekolah dan cikgu sekolah. Bagi aku sekarang, setiap hari same saje.. Terperap dalam rumah, bangun lewat, pergi studio, makan burger, tidur.

Weh budak2 indie dan shafel, aku tau ada antara korang yang memang dah lame berkecimpung, dan ade jugak yang posers. Kebanyakan sekarang ni memang posers pon. Kat Bukit Bintang berlambak. Kalau korang buat hal ngan aku memang aku pelangkung kat dahi sorang2. Lagi2 kalau korang pegang botol Thai Song/ kamera Nikon lagi la senang aku kasi pecahkan kat kepale korang.

Ni lagi satu orang suke kutuk aku, katenye aku jeles orang laen ade awek. Ok, korang kalau ade awek, diam2 sudah, tak perlu nak over exposed sampai promote merate2 pastu menggedik2 sampai ke dalam internet. "Sayang sayang, sayang sayang sayang tak?" WTF.
Mase awal2 bercinta macam ni la, sayang sayang, muah muah, bila dan clash, celaka celaka, ^%#%$@ fark la, semua nak dicarutkan. Ini pun korang nak kasi semua orang tau. Lelaki di luar sane yang anda rase tak hensem dan tak berharta, jangan risau. Kalau dah jodoh tak ke mane..

Yeah, sejak kebelakangan ini aku kurang menjadi diri aku yang dulu. Aku dah mula asyik mengutuk orang, emosi, dan marah orang;- Benda yang aku jarang buat dalam hidop. Dan aku tengah menulis blog ni pon aku tak tau ni betul ke aku pasal aku rase tangan aku bergerak mengikut arahan syaitan.